Baru-baru satu gambar Nora Danish yang 'enjoy' di sebuah pusat kelab malam telah menimbulkan reaksi berbeza dari pengikutnya di Instagram. Ramai yang mengomen dan membuat perbandingan diantara kehidupan Nora Danish dengan Fasha Sandha.
Jika dilihatkan Instagram Fasha Sanda, terserlah sifat keibuaan Fasha Sandha. Bahkan ditambah dengan hubungan baik dia dengan anak tirinya Raykal.
Ish-ish biar betul anak sulung Sofea Jane ke ni. Memetik portal forum Cari, ini dikatakan instagram milik anak Sofea, aksi bersama suami Sofea Jane, Meor Azman dan paling mendapat perhatian sempat bercomolot dengan anjing lagi.
Baru-baru ini kes Fizz Fairuz dengan pelakon muda, Fara Mendoza hangat diperkatakan, bahkan ada yang menyelar tindakan Fara sebagai tindakan satu publisiti murahan.
Dan Fizz menjadi mangsa keadaan kerana sikap dan cara Fara menyebarkan aib tanpa menyelesaikan secara dalaman. Yang itu hanya mereka dan Tuhan sahaja yang tahu.
Semalam pula gempar apabila gambar sosial Fara tersebar di Internet, tak dipastikan bila dan tempat gambar ini diambil.
Pelakon yang pernah diingati satu masa dahulu, Mislina Mustaffa kini hidupnya tidak karuan. Adakalanya aktif dengan pelbagai aksi demo, bergelandangan dan sosial yang tidak sudah-sudah.
Dengar khabar memetik Forum Cari, dia telah pergi ke negara Cuba pada 27 Julai - 21 Ogos yang lalu dengan ditemani oleh teman lelakinya.
Yang menjadi isu, dia kini bertatu di lengan. Palsu atau kekal, yang tu tidak dipastikan, nampaknya seperti kekal tatu yang ada di lengannya itu.
Ramai juga yang menasihati Mislina menerusi ruangan komen laman sosial.
Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.
Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.
Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)
Cukup gembira dan ceria sekali melihat gelagat Dato' Siti Nurhaliza apabila bermandikan serbuk-serbuk pelbagai warna bersempena aktiviti riadah apabila dia dan rakan-rakannya yang lain turut menyertai larian ‘The Color Run’ pada Ahad lalu yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Walaupun sudah berusia, namun gelagat Dato' Siti ini cukup memperlihatkan dia kelihatan seperti seorang remaja yang begitu muda sekali.
Pelik sungguh melihat beberapa orang memakai pakaian t-shirt dengan tulisan yang melucahkan mengenai alat kemaluan lelaki dan tulisan kerjaya tidak bermoral wanita murahan. Gambar diatas menunjukkan seorang selebriti dengan pemakai baju berkenaan, Joe Flizzow.
Menurut sumber, t-shirt berkenaan adalah dibuat dan dijual oleh sebuah kedai online Instagram bernama Inparliament, namun laman berkenaan sudah dibuang oleh pemiliknya.
Selain Joe yang dikaitkan bersama, penyanyi, Arabyrd juga dikatakan memakai t-shirt berkenaan sambil tersenyum gembira.
Joe telah mengakui kesilapannya ini dan terbaharu dia telah memohon maaf melalui laman sosial twitter miliknya dan selepas ini berhati-hati akan kesensitiviti yang menyangkut mengenai bangsa dan agama.
Ish apa nak jadi la dunia zaman sekarang, rasa malu sudah tiada lagi..
Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.
Rozita berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.
“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.
“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.
Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut. -mStar
Panas! anak kepada penyanyi terkenal, Dato' Sheila Majid iaitu, Kayda Aziz dikatakan sangat sosial. Beberapa keping foto anak Sheila beredar di ruang-ruang blog dan forum tempatan.
Sebelum ini Sheila sudah membuat kenyataan mengenai foto milik anaknya yang berpakaian seksi. Lah sekarang timbul isu baru pula.
Tapi selepas ini, diharap boleh diambil pengajaran untuk membina keluarga yang bahagia.
Sebuah blog tempatan telah memburukkan nama baik tanpa menyoal selidik menghubungi Tauke Jambu, dimana telah memuatnaik gambar lama yang memaparkan Tauke sedang pergi ke clubbing aka kelab malam dengan ditemani wanita berpakaian seksi
Tauke yang mengulas lanjut mengenai gambar berkenaan, foto berkenaan ada 6 tahun yang lalu sebelum dia berumahtangga dan ianya adalah untuk meraikan satu majlis selepas tamat sesi pengambaran sebuah filem, dan wanita itu adalah peminatnya.
Mungkin sekarang Tauke sudah insaf dan bertaubat, dan tidak mahu buku lamanya dibuka semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dengarnya ini adalah kekasih terbaru Aliff Aziz. Kalau dilihatkan mungkin bukan daripada di kalangan selebriti tempatan dan juga orang putih.
Memang asli anak tempatan. Tapi kalau betul ini kekasih terbaru Aliff selepas percintaannya dengan Anne Ngasri dengan Adira AF tak kesampaian, tahniahlah diucapkan, semoga cepat-cepat kahwin. :)
Gambar dibawah dikatakan merupakan gambar Farina AF dengan Nabila Huda di sebuah tempat hiburan yang didakwan oleh sebuah portal forum hiburan. Memang rasanya aktiviti tidak 'molek' dilihat memandangkan mereka beragama Islam dan beradat Melayu. Namun tak mengapalah, janganlah hentam mereka, mungkin cuma mahu berhibur sahaja.
Dibawah ni adalah gambar Wafi iaitu bekas suami kepada Anne Ngasri. Wafi sebenarnya sudah bertunang pada bulan Oktober 2012 yang lalu, namu tidak tahu apa statusnya yang terkini adakah sudah berkahwin atau masih mengikati tali pertunangan.
Pelakon yang terkenal dengan drama Sembilu, Hetty Sarlene kini menampakkan taringnya apabila beberapa keping gambar dia bersama kekasihnya tersebar di internet.
Gambar yang didapati dari forum Cari itu didakwa dipetik melalui laman sosial Hetty sendiri. Dan Hetty sendiri menegaskan mereka akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Nabila Huda makin lama makin menjadi semakin sosial setelah bercerai dengan bekas suaminya dulu. Gambar-gambar aktiviti sosialnya dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.
Mungkin kebebasan ini yang diinginkan oleh Nabila agaknya. Tidak mahu mengomen lebih lanjut mengenai gambar di bawah ini, korang komenlah secara berhemah yer.
Semoga Nabila mendapat bakal suami yang boleh membimbingnya. :)
Tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakan disini. Setelah keluar kontroversi satu persatu, Nabila kali ini dikatakan sosial tak terhingga.
Menurut forum Cari, gambar Instagram milik Nabila bersama seorang lelaki dalam keadaan yang boleh tahan juga rasanya. Mungkin untuk photoshot sebuah majalah atau sekadar suka-suka.
Tepuk dada p la comment kat Instagram Nabila kalau nak tahu sangat. hehe
Nabila Huda menafikan dirinya menyertai parti Halloween yang digembar gemburkan oleh sebuah blog hiburan. Dia menyatakan dia hanya pergi ke sebuah majlis hari jadi kawannya
Dan sebenarnya dikatakan parti Halloween jatuh pada tarikh 30 Oktober, manakala hari jadi kawannya itu pada 28 Oktober.
Lalu Nabila Huda menjadi berang dan menyalahkan blogger berkenaan melalui laman sosialnya kerana menggunakan bahan gambar pribadinya itu untuk bahan berita dan menyalah faktakan apa yang berlaku ke atas dirinya.
Gambar sosial kalau tidak tahu dijaga kadang kala boleh menimbulkan masalah juga. Yang terbaru kisah mengenai pelakon Hanez Suraya yang dikatakan bersama-sama beberapa orang lelaki dalam keadaan yang tidak tahu apa hubungan diantara mereka.
Mungkin sahaja boleh jadi gambar babak ketika set pengambaraan filem/drama juga kan. Namun jelas portal Murai, ianya bukan gambar ketika babak berkenaan, ianya adalah dunia realiti sebenar.
Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet. Foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini.
"Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat.
"Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar,"
"Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial.
"Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri,
"Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya. -Via
Isu Nur Amalina yang tersebarnya gambar miliknya di internet dimana gambar berkenaan menunjukkan Nur Amalina seperti sudah sosial hidup diluar negara. Penafian telah dinyatakan oleh Nur Amalina sendiri dan juga ibundanya melalui sidang media berita tempatan beberapa jam yang lalu, penafian dibuat kerana mungkin ada yang cemburu mengenai kejayaan Nur Amalina. Bagi kami rakyat Malaysia, itu bukan persoalan asas yang harus dibangkitkan, yang menjadi persoalan adalah perubahan fizikal Nur Amalina, kan lebih baik dan molek jika image Nur Amalina sebagai anak Malaysia dikekalkan seperti bertudung atau berbaju kurung.
Maka tidak hairanlah 2 buah video perbualan Nur Amalina dengan orang penting untuk menjelaskan kepada seluruh orang Malaysia akan gambar berkenaan. Yang pelik pon, lihat sahaja kedua video pengakuan ni di laman YouTube, bukan ramai orang 'like' tapi banyak lagi 'dislike'. Sebab apa???
Kita tidak mengharapkan ulasan panjang lebar mengenai gambar pribadi tersebar luas, itu semua berpunca dari kelalaian empunya badan meletakkannya dilaman sosial. Yang sekarang adalah, kita seharusnya bangga memiliki Nur Amalina yang genius ini menerapkan budaya Malaysia kedalam diri, apatahlagi budaya Islamic dalam dirinya. Namun malangnya, bukan itu yang kita impikan. Memang betul kata orang, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, tapi lagi betul kata Allah, dimana bumi dipijak, Islam tidak pernah berubah dalam setiap hati orang yang mahu berfikir.
Admin bukan mahu mengentam Nur Amalina, tidak sama sekali, malah meminati dan menjadi ikon admin sejak dulu lagi, tapi begitulah episodnya, nasi sudah menjadi bubur. Wallhaualm