Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Saleha sambut Holloween (4 gambar)

Isnin, 3 November 2014

Apalah nak sambut perayaan yang bukan dari agama sendiri ni. Halloween Party ni dah semakin popular sejak abad ini, memandangkan pelbagai app, perisian, laman sosial, laman web tengah mempromosikan perayaan ini.

Siti Saleha antara selebriti yang meraihkannya. Dengan berpakain serba merah serta bertanduk melambangkan ianya sesuatu yang tak elok diikutkan.

Yang pelik, ramai pula yang 'like' gambar ini di laman sosial Instagram miliknya.

Wallahualam.

Kehidupan kini Mislina? bertatu? (5 gambar)

Isnin, 8 September 2014

Pelakon yang pernah diingati satu masa dahulu, Mislina Mustaffa kini hidupnya tidak karuan. Adakalanya aktif dengan pelbagai aksi demo, bergelandangan dan sosial yang tidak sudah-sudah.

Dengar khabar memetik Forum Cari, dia telah pergi ke negara Cuba pada 27 Julai - 21 Ogos yang lalu dengan ditemani oleh teman lelakinya.

Yang menjadi isu, dia kini bertatu di lengan. Palsu atau kekal, yang tu tidak dipastikan, nampaknya seperti kekal tatu yang ada di lengannya itu.

Ramai juga yang menasihati Mislina menerusi ruangan komen laman sosial.

Anak siapa ni sosial sangat..

Isnin, 28 April 2014

Panas! anak kepada penyanyi terkenal, Dato' Sheila Majid iaitu, Kayda Aziz dikatakan sangat sosial. Beberapa keping foto anak Sheila beredar di ruang-ruang blog dan forum tempatan.

Sebelum ini Sheila sudah membuat kenyataan mengenai foto milik anaknya yang berpakaian seksi. Lah sekarang timbul isu baru pula.

Tapi selepas ini, diharap boleh diambil pengajaran untuk membina keluarga yang bahagia.

Gambar Baby Shower oleh Rabecca Nur Islam

Selasa, 10 September 2013

Tak dipastikan samada acara yang dipanggil 'baby shower' ni diharuskan oleh Islam atau tidak. Namun mungkin pandangan orang selalunya berbeza-beza dengan logik akal fikiran.

Rebecca Nur Islam dikatakan membuat acara 'baby shower' baru-baru ini bersempena untuk menyambut kelahiran bayi anak ke-2 nya yang difahamkan akan bersalin tidak lama lagi.

Gambar Engku Alessya Yang Sudah Membesar

Khamis, 20 Disember 2012

Gambar dibawah adalah gambar majlis anjuran Hi Tea bersama Erra Fazira baru-baru ini yang diadakan di Restoran Puteri, Kuala Lumpur. Erra Fazira datang dengan anak gadisnya, Engku Aleesya yang semakin besar dan cantik. Jom Layan...

lagi gambar di Facebook Erra Fazira

Nabila Huda Nafi Pergi ke Parti Halloween

Selasa, 30 Oktober 2012

Nabila Huda menafikan dirinya menyertai parti Halloween yang digembar gemburkan oleh sebuah blog hiburan. Dia menyatakan dia hanya pergi ke sebuah majlis hari jadi kawannya

Dan sebenarnya dikatakan parti Halloween jatuh pada tarikh 30 Oktober, manakala hari jadi kawannya itu pada 28 Oktober.

Lalu Nabila Huda menjadi berang dan menyalahkan blogger berkenaan melalui laman sosialnya kerana menggunakan bahan gambar pribadinya itu untuk bahan berita dan menyalah faktakan apa yang berlaku ke atas dirinya.


Gambar Seksi Lana Nordin di Jakarta

Rabu, 4 Julai 2012

Lama sudah kita mendengar kisah mengenai Pamela Anderson Malaysia ni, atau nama betulnya Lana Nordin. Tiptop timbul isu hangat baru yang melanda dirinya di negara orang. Indonesia. Dia berpakaian sangat seksi ketika menghadiri satu party. Mengikut laman seswang ManggaOnline, lokasi party ini adalah Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol. Gosipnya, adakah ini mencerminkan budaya Malaysia yang bersopan santun dalam segi berpakaian, renung-renungkanlah. Zz

mari menari sampai pagi dong~

Sabtu, 8 Januari 2011

Acara mari menari di bawah ini bukanlah terlalu asing pun, dah memang adat orang bandar suka bersosial, tak sah kalau tak pergi ke clubing lepaskan tension. Dah terlalu gembira agaknya. Tak pasti apa nama parti dan bila parti ini dibuat, lihat sekeliling seperti ada orang puteh (negro takda kot). Hihi. Kalau dance sampai pagi, memang tak tahulah apa nak jadi. Enjoy.

Artis dengan fesyen 60-an

Jumaat, 5 November 2010

Selepas FFM baru-baru ini, kali ini artis kita sedia memberi satu lagi aneka ragam bentuk fesyen. Fesyen yang ditengahkan adalah berkonsep ala-ala 60-an. Memang suatu yang menarik, memandangkan suasana 60-an cuba dipraktikan ke zaman ini. Tapi ikut kemampuan artis itu juga, samaada dapat memberi suasana 60-an atau sebaliknya. Itulah yang berlaku dalam Party Glam Swinging 60′s di Celcius, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang anjuran Majalah Glam. Siapa lawa dan cantik, tiada pula anugerahnye. Tapi lihat kesemuanya seperti santai dan enjoy.

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Party Glam 60s

Fasha Sandha main-main party

Khamis, 11 Mac 2010

Baru beberapa hari yang lepas, penulis memberikan gambaran perubahan diri daripada Fasha Sandha. Namun baru-baru ni menerima email daripada seseorang, email berkenaan mengandungi gambar-gambar Fasha Sandha tengah party dengan kawan-kawan nya. Tidak dapat dipastikan tarikh dan dimana party berkenaan diadakan. Namun keadaan ketika itu bolehlah dianggap enjoy sakan sampai boleh lupa dunia juga lah dibuatnya. Mungkin menyambut harijadi seseorang kot.

Fasha Sandha ketika rakaman

Rabu, 20 Januari 2010

Tidak tahu penulis apakah tajuk slot rakaman yang sedang mereka buat keatas kedua artis, Fasha Sandha dan (lupa namanya). Mungkin untuk mempromosikan butik berkenaan dalam rancangan televisyen tertentu. Fasha Sandha pula nampak bergaya dengan skirt yang dipakainya. Memang semua tahu, Fasha Sandha sudah diboikot dalam kebanyakkan filem mahupun drama, namun dia juga masih tetap aktif dalam bidang anak seni, mungkin sebagai pengacara ataupun pembantu pengacara.