Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tomok Botakkan Kepala Untuk Muzik-Muzik

Jumaat, 16 November 2012

Maal Hijrah sudah pun berlalu semalam, dan bulan ini adalah bulan Muharam yang penuh dengan keberkatan.

Namun baru-baru ini Muzik-Muzik Separuh Akhir ada menampilkan penyanyi Tomok. Penampilannya kali ini dikatakan agak lain sedikit, dia mengimejkan dirinya dengan gaya botak.

Gaya botak ini bukannya nazar atau satu perpindahan bagi diri Tomok, cuma hendak kelainan daripada yang lain jew.
“Saya botakkan kepala bukan sebab apa-apa pun. Saja hendak tampil lain sedikit. Bukan sebab hendak buat persembahan pada malam ini (Muzik-Muzik Separuh Akhir). Jauh sekali hendak mencuri perhatian sesiapa,” jelas Tomok yang membotakkan kepalanya pada Sabtu lalu. -Gua

Shahir muncul dengan imej botak

Sabtu, 7 Julai 2012

Shahir yang satu masa dahulu pernah terkenal dan tenggelam dek arus perubahan diri, kini tampil dengan imej botak. Ini dibuktikan lagi apabila dia muncul ketika berlatih untuk program Astro, ‘Akustik Shahir’ bersama band Hujan yang akan dijadualkan keluar pada bulan suci Ramadhan nanti. Sihat-sihat sahaja Shahir ni nampaknya, mesti tersenyum lebar peminat-peminat setia yang dah lama merindui bintang Akademi Fantasia ni kan. :)

gambar Budiey

Ras Adiba nekad botakkan kepala!

Isnin, 25 Jun 2012

Penyampai berita, Ras Adiba Radzi kini berani berimej membotakkan diri untuk dikhalayak umum mahupun ketika berada di media. Ini bukanlah suka-suki hati Ras untuk membotakkan kepala, tapi adalah semata-mata untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan menurut portal Murai sebagai Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Namun yang baiknya bukan botak sepenuhnya, masih ada rambut lagi sikit-sikit.

Lisa Surhani sanggup botakkan rambut!

Sabtu, 12 Februari 2011

Dipetik melalui Harian Metro, mula-mula agak terkejut juga bila baca ayat permulaan Lisa Surihani yang membuat kenyataan untuk memotong rambut sehingga membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Ohtidak, masakan sampai ke situ sekali. Yang lebih sadis lagi, Lisa sanggup buat demikian kerana wang. Ops, nanti dulu, jangan fikir yang bukan-bukan, Lisa kenakan syarat ketat untuk ini semua.

"Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian.

"Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. -HarianMetro
tapi nawaitu Lisa tu yang dah macam tak kisah sangat.. Zzzz.. Say NO to botak for woman!

Mislina Mustaffa botak rambut demi apa?

Rabu, 27 Oktober 2010

Festival FIlem Malaysia ke-23 kali ini memang banyak ragam, daripada segi fesyennya, pemenang anugerahnya, dan juga yang paling mengejutkan disana adalah pelakon yang dicalonkan dalam kategori pelakon wanita terbaik iaitu Mislina Mustaffa. Mislina Mustaffa kali ini datang dengan sedikit rambut maknanya sebelum ini mungkin dia botakkan rambut. Tidak dipastikan apa alasannya, tekaan Budiey, ianya ada kaitan dengan lakonannya, tapi biasanya orang perempuan botakkan rambut kerana penyakit yang sedang dihadapinya. Wallahualam.