Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Panas! Hazama pakai tatoo melampau!

Selasa, 26 September 2017



Hazama dikecam oleh netizen gara-gara penampilan barunya yang dikatakan melampau kerana menampilkan imej bertatu.

Sebenarnya penampilan Hazama yang ala-ala Bob Marley itu cuma untuk penghasilan video muzik terbarunya untuk lagu Aku Bukan Dewa.

hope boleh ditanggalkan dan tak kekal lama. kiki

Ammar Alfian bangga tayang tatu? (2 gambar)

Khamis, 1 Oktober 2015

Dengar khabar yang Ammar Alfian membuat satu yang gempar di laman sosialnya apabila dia memuatnaik gambar dia bertatu.

Namun Ammar menafikan ianya untuk publisiti murahan tapi ianya tatu yang telah ada sejak dua tahun lalu. Tapi rasanya tak perlu tayangkan bro. Kalau sangat nak berubah, simpan je kan apa-apa yang patut.. :)

Julia Perez buang tatu selepas tunai Umrah

Rabu, 11 Mac 2015


Gambar Julia Perez Buang Tatu

Julia Perez akhirnya memenuhi janji untuk membuang semua tatu pada badannya selepas menunaikan ibadah umrah bulan lalu.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Jupe melakukan proses memadamkan tatu itu di Jakarta Utara, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak tidur sepanjang malam sebelum menjalani proses berkenaan kerana bimbang menanggung kesakitan.
“Memang sakit. Tetapi dengan izin Allah, proses berkenaan berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi selepas menjalani kerja memadamkan tahu itu di Dataran Mangga Square.
Penyanyi yang juga pelakon itu mengaku mempunyai empat tatu pada tubuhnya dan membelanjakan kira-kira Rp30 juta (RM8,500) untuk memadamkannya.
“Duit bukan masalah. Yang penting saya mahu memadamkan semua tatu ini,” katanya.
Proses membuang tatu itu, termasuk satu dipunggung Jupe, tidak selesai dalam masa sehari. Dia dikatakan perlu datang sehingga empat kali, sebelum dapat memadamkan tatu itu, kerana ada yang dibuat dengan dakwat tebal lapor Harian Metro.

Kaka pakai tatu di kaki?

Sabtu, 8 November 2014

Agak memeranjatkan apabila mendapat tahu yang penyanyi Kaka Azraff memakai lakaran seakan-akan tatu yang terdapat pada kakinya dan dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Bahkan ada yang mengecam tindakan Kaka itu kerana lambang lakaran berkenaan menyerupai sesebuah agama selain agama yang dipegang oleh Kaka sekarang.

Namun Kaka yang memetik portal mStar menafikan hal itu sebagai tatu kekal tetapi hanyalah lakaran dari inai yang tidak kekal lama dan bukan lambang dari mana-mana agama.

Jejaka Bertatu sebelah Lana Nordin timbul kekecohan!

Selasa, 30 September 2014

Lana Nordin berang dengan sesetengah pihak telah mensensasikan gambar dia yang dimuatnaik didalam laman sosial, dimana didakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang jejaka bertatu.

Jelas Lana, gambar berkenaan sengaja dikecohkan untuk berniat memburuk-burukkan Lana yang kini sudah berubah sedikit demi sedikit.

Menurut portal mStar, Lana menafikan ada hubungan dengan jejaka itu bahkan dia hanyalah jurulatih, dan Lana terpaksa memadam gambar berkenaan kerana malas mahu melayan karenah pihak yang hanya melemparkan tuduhan tidak berasas namun tidak menyalahkan pihak2 yang mendoakan kebahagiannya.

Kehidupan kini Mislina? bertatu? (5 gambar)

Isnin, 8 September 2014

Pelakon yang pernah diingati satu masa dahulu, Mislina Mustaffa kini hidupnya tidak karuan. Adakalanya aktif dengan pelbagai aksi demo, bergelandangan dan sosial yang tidak sudah-sudah.

Dengar khabar memetik Forum Cari, dia telah pergi ke negara Cuba pada 27 Julai - 21 Ogos yang lalu dengan ditemani oleh teman lelakinya.

Yang menjadi isu, dia kini bertatu di lengan. Palsu atau kekal, yang tu tidak dipastikan, nampaknya seperti kekal tatu yang ada di lengannya itu.

Ramai juga yang menasihati Mislina menerusi ruangan komen laman sosial.

Tasha Shila tak kisah bakal suami bertatu

Selasa, 6 Mei 2014

Umum mengetahui yang Tasha Shila mempunyai kekasih seorang peninju Thai dan dia memiliki sifat fizikal bertatu. Namun bagi Tasha, dia enggan melihat pribadi seseorang itu pada luarannya tapi pada sudut pada hati yang dalam.

Ini komen Tasha, mungkin juga kalau berkahwin, Tasha tak kisah sangat dapat suami memiliki tatu. Admin tak tahu kekasihnya itu dah Islam ke belum lagi, kalau dah masuk Islam, baguslah, memang untuk menghilangkan kesan tatu agak lama.

“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” -Tasha

Sharnaaz Ahmad Bertatu Naga!

Isnin, 17 Februari 2014


Minggu lalu, Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik gambar dia bertatu pada dirinya ke dalam laman sosial Instagram. Namun penampilan dia bertatuitu sudah tidak menjadi satu kejutan memandangkan dia seorang pelakon.

Maka sudah pastinya, tatu dia itu bukan yang asli, tapi adalah untuk lakonan semata-mata. Sharnaaz berlakon watak Jebat untuk drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Memang kelihatan real dan ganas bila Sharnaaz memakai tatoo berkenaan.

Suami Bertatu? Nadiya Nisaa Enggan Komen!

Selasa, 19 November 2013

Zubir sekali lagi membua satu artikel panas dan pedas pada sisipan hujung minggu yang lalu. Beritanya adalah apabila mendakwa menerima beberapa foto yang didakwa suami kepada Nadiya Nisaa memakai tatuu di kedua-dua lengannya.

Sepertinya jelas kelihatan tatuu berkenaan, namun wajahnya terpaksa di blerr kan untuk apa, tidak tahu pula. Namun Nadiya yang dihubungi oleh Zubir sendiri, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mahu diabaikan segera.

Yang peliknya, Nadiya enggan ulas gambar itu, tetapi enggan menafikannya pula. hoho

Nora Danish Pasang Tatu di Kaki?

Jumaat, 4 Oktober 2013


Memang agak jangal juga melihat pelakon yang disukai ramai, Nora Danish memakai tatu. Tidak dipastikan samada ianya tatu inai (buatan) atau yang asli.



Namun mengikut sumber Nora menggunakan tatu itu untuk sebuah drama yang dimana beliau dikehendaki memakai tatu sebagai satu babak dia merupakan gadis yang liar.

Suami Nana, Brian Bertatu

Rabu, 19 Ogos 2009

Nana (penyampai radio Era FM) dan Brian (pengurus kanan Hitz. FM) dah kahwin bulan Jun yang lalu. Dan yang mengemparkan adalah Brian ada tatu. Mungkin tatu yang dimiliki oleh Brian adalah Tatu lama sebelum dia memeluk Islam. Dan kesannya tidak hilang sehingga sekarang. Namun sekurang-kurangnya, pakailah baju yang boleh menutupi tatu berkenaan, sepertinya masih mahu menayang-nayang lagi tatu nya itu. ISkh3.