Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Arja Lee dikecam bergambar dengan Sari Yanti...

Selasa, 21 Februari 2017

Dengar khabar yang pelakon Arja Lee dikecam peminat di laman sosial kerana bergambar dengan Sari Yanti dengan busana pengantin. Arja memberitahu yang dia tidak pun mengetahui mengenai perhubungan terjalin antara Sari dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu.

Bahkan, katanya, beliau memuat naik gambar mereka berdua, yang lengkap berbaju songket berwarna biru, sekadar mempromosikan drama Sekali Kulafazkan Cinta.

Mengikut portal BharianOnline, Arja sudah memadamkan foto berkanaan namun penerbit drama berkenaan, David Teo,telah memuatnaik semula gambar berkenaan pada hari Ahad lalu, dengan kaption: 'Eh, kami dah selamat disatukan bersama.. Eh? Gurau je'.
"Jujurnya, saya tidak tahu mengenai perhubungan Sari dan Jep sehinggalah membaca beberapa komen pengikut saya. Malah, ada yang memarahi saya kerana gambar itu.

"Tambahan pula, Sari dan Jep mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka terus meletakkan pelbagai reaksi kerana foto yang dimuat naik itu. Lantas saya memadam foto berkenaan, tetapi ia dimuat naik semula oleh David. Begitupun, mungkin niatnya adalah sekadar gurauan, jadi saya tidak menyalahkan beliau.

"Apapun, saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan foto berkenaan," katanya kepada BH Online.

Jangan terkejut jika ini syarat nak jadi kekasih Arja Lee

Khamis, 28 Januari 2016

Wah bukan main lagi 'selera' Arja Lee yang nak cari gadis idamannya dimana dia nak wanita itu ada harta dan dalam perancangan dua tahun lagi nak berkahwin.
“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?”

“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah”

“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” jelas Arja

Video Arja Lee pakai seluar dalam.. ini komen dia yang mengejutkan..

Khamis, 21 Januari 2016

Dengarnya pelakon Arja Lee tidak terkesan sangat mengenai video dia berseluar dalam yang menjadi viral di laman sosial yang didapati melalui laman Instagram miliknya sendiri.

Indah AF Terima Hadiah Dari Arja Lee, Isunya....

Selasa, 19 November 2013

Hari Ahad yang lalu, Faizul telah mencipta namanya sebagai juara program realiti tv, Akademi Fantasia 2013 dengan mengalahkan beberapa lagi peserta/pelajar yang lain.

Namun apa yang menjadi ceritanya di sini adalah memetik portal Murai, yang jadi ceritanya adalah pemenang tempat ke-4, Indah. Indah dikatakan sangat gembira pada majlis parti AF2013 semalam sambil memegang hadiah teddy bear.