Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca Aril AF fobia masukkan anak ke Taska

Selasa, 21 Jun 2016

Aril AF meluahkan rasa fobia terhadap kes-kes melibatkan keselamatan yang terjadi kepada bayi di taska.

Lebih-lebih lagi ia pernah terjadi kepada rakan karibnya sendiri, sehingga menyebabkan kematian. Disebabkan itu, Aril mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anaknya, Tun Adriel Mikael yang kini berusia 7 bulan.

“Tragedi berlaku kepada kawan baik saya. Anak yang pertama gugur ketika tujuh bulan kandungan. Anak yang kedua pula dilahirkan sempurna dan dihantar ke pusat jagaan kerana beliau dapat tawaran bekerja jauh”

“Hanya beberapa kali hantar ke pusat jagaan beliau mendapat panggilan mengatakan anaknya tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia apabila dihantar ke hospital,”

"Saya suka melihat anak membesar depan mata, bermula dari proses dia mula merangkak, makan, bercakap. Ini pengalaman seronok bukan semua orang boleh dapat.

"Ketika jauh hati saya tak tenteram memikirkan anak. Bila penat, sedih, atau gembira perkara pertama saya nak tengok keadaan anak," ujarnya kepada The Malay Mail Online.

Aril AF akhirnya dedah wajah anaknya (comel)

Isnin, 11 Januari 2016

Akhirnya Aril AF telah memberi namak wajah anak sulung nya yang lahir bulan November tahun lalu melalui laman Instagram miliknya

Nama anak lelakinya ini adalah Tun Adriel Mikael. Pendedahan ini dilakukan Aril sebagai menghormati pantang isterinya yang sudah berakhir.

Aril AF7 selamat bergelar ayah, yang istimewanya.. (gambar)

Jumaat, 27 November 2015

Tahniah buat Aril AF7 yang menimang cahaya mata sulong berjantina lelaki pada 24 November yang lalu.
Isterinya, Puteri Edlinda telah bersalin pada kira-kira jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur secara normal.

Istimewanya tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadi ibunya Normah serta arwah abangnya Izwan Pilus.

Gambar bulan madu Aril AF, Isteri

Ahad, 25 Mei 2014

Jom saksikan beberapa keping gambar Aril AF dan isterinya, Puteri Erma Adlinda pergi bercuti ke Perth, Australia untuk berbulan madu. Mereka juga sebenarnya ditemai oleh krew Romantika Astro untuk rakaman bulan madu mereka ini untuk rancangan tv berkenaan.

50 gambar majlis resepsi Aril AF, Puteri Erma

Rabu, 19 Mac 2014

Selepas 3 bulan melayari bahtera bergelar suami isteri, akhirnya, Aril AF dengan isterinya Puteri Erma Adlinda telah mengadakan majlis resepsi mereka pada 14 April yang lalu.

Majlis berkenaan diadakan di Saloma Bistro. Disebabkan kesibukan kedua-dua pasangan, maka sebab itulah baru majlis resepi ini diadakan.

Namun tindakan Aril ini sewajarnya dicontohi, menikahi dahulu yang lebih penting. :)

Sekitar Gambar Pernikahan Aril AF7

Isnin, 23 Disember 2013

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Aril AF7 yang diijabkabulkan dengan pasangannya, Puteri Erma pada hari Jumaat lalu di Kota Bharu Kelantan kira-kira jam 3 petang.

Pihak pengantin lelaki menerima 9 dulang hantaran dan turut berbalas 9 dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.

Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000.

Aril AF nak Kahwin? Gambar Kekasih?

Khamis, 31 Oktober 2013

Kecoh juga apabila melihat Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi dengan seorang wanita bernama Puteri Erma Edlinda.

Bukti itu bertambah jelas apabila sekeping gambar menunjukan kad jemputan perkahwinan yang telah di kaburkan yang didakwa nama Aril sendiri.

Aril AF Pakai Mitsubishi EVO 10?

Selasa, 29 Januari 2013

Tak sangka Aril sekarang dah makin sukses. Siap berjubah lagi ya sheikh. Saudagar minyak unta ker.. Hehe.

Ntah apa yang dibuatnya sehingga menjadi bukti yang dia memakai kenderaan dengan kelasnya tersendiri yang sesuai dipakai oleh golongan muda, Mitsubishi Evo 10. (Wallahualamlah kalau sekadar pose di kereta orang lain..)

Kalau tidak silap kenderaan ini juga dimiliki oleh Zizan Razak. Tapi Zizan dah dapat duit menang RM250,000 seorang Maharajalawak Mega 2012 yang lalu, mesti dia nak angkat Nissan GTR R35.

Wah, memang banyak selebriti yang memiliki kenderaan mewah lainnya, tapi jiwa muda kena lah bersesuaian dengan keretanya juga kan. Takkan jiwa muda pakai kereta orang 'beliau' tak masyuk lah. kah kah..