Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini muatnaik video di atas ranjang dengan Aqasha, motif?

Selasa, 11 Julai 2017

Bukan main berani lagi Rita Rudaini memuatnaik video aksi bersama Aqasha walaupun ianya sebuah drama yang hanya boleh dilihat di TonTon.

Kontroversi sebelumm ini di aplikasi handphone pun belum redha, tidak diketahui apa motif Rita memuatnaik video berkenaan di laman sosialnya.

Rita Rudaini akui 'setuju' dengan berpoligami.. anda?

Selasa, 18 April 2017


Walaupun terlibat kontroversi bersama Aqasha, ada sesetengah segelintir pihak mempertikaikan pegangan Rita Rudaini yang dahulunya pernah menyatakan beliau benci dengan perampas suami orang.

Menjelaskan persoalan tersebut, Rita menafikan beliau anti-poligami ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya tidak kisah untuk hidup bermadu.
Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah.

Sedangkan dalam agama sendiri dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan tertentu, kenapa pandang keji? Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah." kata Rita kepada themalaymailonline.com

Rita Rudaini komen hubungan dengan Aqasha

Selasa, 11 April 2017

Rita Rudaini terus mengambil pendekatan untuk mengunci mulut berkaitan kontroversi hubungan istimewanya dengan pelakon Aqasha yang hangat diperkatakan sejak bulan lalu.

Rita berkata, perkara selanjutnya perlu dijawab sendiri oleh pihak pelakon lelaki berkenaan.
"Saya sudah jawab isu itu dalam sebuah akhbar mingguan dan selebihnya boleh tanya sendiri kepada Aqasha.

"Cukup rasanya apa yang saya terangkan dalam akhbar hari ini (Ahad) itu," ujarnya kepada mStar Online.

Saya tiada masalah dengan Rita Rudaini - Che Ta

Rabu, 22 Mac 2017

Kontroversi melibatkan seorang selebriti janda yang dikatakan menganggu rumahtangga, Aqasha yang mendapat perhatian Rozita Che Wan @CHe Ta minggu lalu (artikel) melalui komen Che Ta di laman sosial Instagram miliknya

Walaupun tidak dinyatakan oleh Baizura (isteri Aqasha), namun ramai beranggapan orang itu adalah Rita Rudaini, Che Ta juga turut meninggalkan komen di laman Instagram Baizura dan menggunakan perkataan betina terhadap orang ketiga itu.

Memetik MediaHiburan, Che Ta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rita sehingga mendorongnya memanggil dengan gelaran betina.
"Cerita sebenarnya begini, ada orang tagged nama saya di situ dan bila saya baca luahannya, saya simpati kerana saya juga seorang wanita, isteri dan ibu.

"Saya juga tidak mengenali Baizura secara rapat dan komen itu ditinggalkan secara rambang atas dasar simpati.

"Tapi bila saya tahu hujung pangkal cerita yang berlaku, saya rasa agak terkejut!.

"Lagipun saya tak pernah jumpa Rita atau bekerja dengannya. Jadi tidak ada sebab untuk saya menujukan komen sebegitu kepadanya,"

"Saya serik! Selepas ini saya akan pastikan kronologi cerita sebelum meninggalkan komen. Saya rasa perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," jelas Che Ta

Abang Ipar dedah siapa janda yang dimaksudkan isteri Aqasha

Rabu, 8 Mac 2017

Nampaknya abang ipar Aqasha yang juga abang Baizura, Yusri Sabri yang telah mendedahkan siapa janda yang menganggu rumahtangga mereka selama ini.

Rozita gelar ganggu Aqasha-Baizura sebagai BETINA

Selasa, 7 Mac 2017


Isu seorang selebriti janda yang menganggu kehidupan Aqasha dan isteriya, Baizura mendapat perhatian seorang selebriti terkenal, Rozita Che Wan.

Namun perhatian Rozita kali ini cukup 'kasar' kerana melibatkan perkataan yang susah diterima oleh kaum wanita. Ramai yang mengecam komen Rozita itu kerana tidak sewajarnya ianya dikeluarkan oleh Rozita

Artis Janda ganggu kehidupan rumahtangga Aqasha? PANAS

Sabtu, 4 Mac 2017



Isu baru yang panas kini timbul, dengarnya seorang artis wanita berstatus janda telah menganggu kehidupan Aqasha. Menurut portal Cari, isteri kepada pelakon Aqasha iaitu Noor Baizura telah memuat naik beberapa foto bukti perbualan antara Aqasha dengan seorang artis wanita berkenaan di akaun Instagram miliknya. Malangnya, foto-foto berkenaan sudah dipadam oleh Baizura.

Namun, selepas itu Baizura ada memuat naik sekeping foto yang menyatakan beliau kini sedang berjuang mempertahankan rumah tangganya bersama Aqasha.

Baizura ada menyatakan bahawa artis wanita yang menggoda Aqasha sebenarnya sudah berkahwin dua kali (gagal dalam kedua-dua perkahwinan) dan berstatus janda yang kini berusia 40 an.

Siapa dia?

Gambar Aqasha terkini (3 gambar)

Khamis, 9 Oktober 2014

Agak terkejut melihat penampilan pelakon Aqasha yang terkini di laman sosial Instagram miliknya. Berat badan dia semakin menyusut akan kurus sedikit berbanding badannya beberapa tahun lalu yang dianggap sangat tegap.

Kurang berlakon di drama juga merupakan faktor Aqasha jarang dapat dilihat secara langsung. Tak tahu pula kalau dia sakit.

Kita doakan yang terbaik sahaja la kan.

Gambar Anak Aqasha Terkini

Jumaat, 28 Jun 2013

Anak-anak kepada pelakon Aqasha dah semakin membesar dah. Yang sulung, Alehandara Ahmad Firdiee dan yang bongsu, Alaena Ayesha yang dah nak usia setahun.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Gambar Anak-anak Aqasha

Rabu, 6 Februari 2013

Perkahwinan pelakon kacak, Aqasha dan Noor Baizura pada Oktober 2010 yang lalu kini sudah dikurniakan dua cahaya mata

Seorang lelaki bernama Alehandra Ahmad Firdee berusia setahun lebih dan seorang lagi perempuan bernama Alaena Ayesha berusia 4-5 bulan.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Aqasha Selamat Menimang Anak ke-2

Sabtu, 13 Oktober 2012

Tahniah kepada pelakon Aqasha yang dikhabarkan telah menimang anak ke-2. Isteri beliau, Norbaizura selamat melahirkan anak perempuan berkenaan. Berita ini disampaikan sendiri secara tidak rasmi oleh Aqasha melalui laman Twitternya dengan memuat naik gambar anak perempuan berkenaan.


Gambar akikah anak Aqasha

Khamis, 5 Januari 2012

Terima kasih kepada jurugambar FotoCantik studio yang mengambhttp://www.blogger.com/img/blank.gifil gambar ini dan disiarkan melalui laman Facebook. Anak Aqasha yang diberi nama Alehandra Ahmad Firdee ni dicukur beberapa hari yang lalu. Memang comel anak Aqasha ni. Jum layan.

Aqasha Jadi Ayah, Dapat Bayi Lelaki

Khamis, 8 September 2011

Tahniahlah kepada pelakon kacak, Aqasha yang baru-baru ini dikhabarkan selamat menimang anak sulung yang bernama Alehandra Ahmad. Anak Aqasha ni lelaki. Details mengenai tempat dan berat bayi berkenaan tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Tapi gambar bayi berkenaan ada. hehe. Aqasha kahwin dengan Noor Baizura pada bulan November 2010 yang lalu.

isteri Aqasha hamil 7 minggu

Isnin, 7 Februari 2011

Pelakon dan penyanyi, Aqasha dan isterinya, Noor Baizura yang secara rasminya bergelar suami isteri pada 10 Oktober tahun lalu. Kini sudah masuk empat bulan melayari bahtera perkahwinan akhirnya Aqasha yang nama sebenarnya adalah Firdee Aqasha Rosli itu dikurniakan hadiah tahun baru yang cukup berharga daripada Allah SWT apabila doktor mengesahkan isterinya kini hamil dalam enam-tujuh minggu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Rasa selepas ini tanggungjawab saya akan jadi lebih besar. Apatah lagi nak sambut anak nanti perlukan banyak persediaan. Persediaan sebagai seorang ayah dalam agama Islam bagi saya banyak menyedarkan dan ini pengalaman yang cukup bagus buat saya," katanya kepada Utusan.

Perkahwinan Aqasha dan Noor Baizura

Isnin, 11 Oktober 2010

Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz di Lake Fields, Kuala Lumpur. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih. Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih. -mStar

Aqasha dah bertunang? (gambar)

Rabu, 2 Jun 2010

Pelakon kacak, ganteng, hensem dan lantang ini merupakan salah seorang artis yang kuat marah juga, dengar2 melalui kisah blognya dahulu. Tak pe, itu perkara lalu, lupakan. Baru-baru ni ada yang mengejutkan juga, khabarnya dia akan bertunang atau dah bertunang atau lain-lain lagi cerita berdasarkan gambar studio yang diambil bersama pasangannya yang bernama Baizura. Baizura tidak mempunyai maklumat yang lebih lanjut. Mungkin Aqasha akan buat pengumuman mengenainya tidak lama lagi. Tahniah lah kalau macamtue. :)

Aqasha seksi nampak ketiak

Sabtu, 13 Mac 2010

Mungkin ianya adalah satu babak dalam filem yang dilakoni nya atau tak pun dalam iklan untuk sesebuah syarikat. Tengok sahaja aksi dan gayanya yang bergayut dalam bas/keretapi memang cun dan menarik, memakai spek dan singlet sahaja. Yang tertonjol bahagian ketiaknya yang juga nasib sudah dicukur. Kalau tebal, mak ai, tak ke pengsan orang yang dalam bus/keretapi. Harum ker tidak yang itu empunya badan sahaja dapat mengetahuinya. Orang lain cuma merasa baunya sahaja. hehe.

Gambar awek baru Aqasha?

Khamis, 25 Februari 2010

Baru-baru ini telah diadakan majlis perkahwinan anak dara kepada produser sensasi, Raja Azmi dan dikesempatan itu juga telah berkesempatan bertemu pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu, Aqasha. Ramai juga yang tak dapat mengecam bahawa itu adalah Aqasha. Kerana fizikalnya sekarang semakin berisi. Lebih-lebih lagi apabila memakai pakaian serba putih, tambah berisilah kesannya. Malah rambut Aqasha semakin tebal dan panjang.

Dalam kesibukan majlis, sempat juga menangkap gambar Aqasha yang kebetulan sedang berdampingan dengan seorang gadis manis. Adakah ini teman wanita Aqasha? Khabarnya, ini bukanlah kali pertama terserempak dengan mereka berdua. Malah dalam satu majlis berasingan yang juga dianjurkan Raja Azmi tahun lalu, penyanyi berkenaan kelihatan bersama. Mungkin inilah sebabnya mengapa berat badan Aqasha naik. Semuanya gara-gara senang hati agaknya. Tapi harus diingat, awak tu selebriti, jadi penampilan haruslah di jaga. -Murai

Ps: Jan panas baran juga.. hehe.

Aqsha : Saya Ketagih Mahu Seksi

Isnin, 20 April 2009

"Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik ‘racun’ saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya. Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat.
Semuanya gara-gara termakan 'racun' yang disuapkan oleh teman seperjuangannya, aktor Jehan Miskin. Akibat sudah diracuni, kini, pelakon tampan Aqasha sudah ketagihan untuk lebih kelihatan seksi.
Ironinya, racun dan ketagihan yang merasuk Aqasha bukanlah ke arah merosakkan diri sebaliknya, mendatangkan perasaan puas hati dan serta penampilan yang semakin seksi.

Sekal imbas, kenyataan di atas kedengaran sedikit mengelirukan namun tatkala menemui Aqasha baru-baru ini, ada perubahan ketara yang dapat disaksikan menerusi penampilan terbaru Aqasha.

Sedikit lebih matang seiring dengan usia yang kini menginjak 27 tahun, bukan usia sahaja yang bertambah kerana Aqasha kini sedang sibuk menambahkan otot-otot pada tubuh sasanya itu.
"Ya, sebenar saya selalu ke gim. Dah masuk bulan keempat sebenar. Mula-mulanya Jehan Miskinlah yang asyik 'racun' saya, lama-lama saya yang ketagih dibuatnya.

"Bila tengok hasilnya, saya mula puas hati. Tambah lagi badan rasa semakin sihat, tinggal lagi kena disiplin sahaja. Saya bukannya nak bikin sampai badan jadi six pack cuma nak dapatkan bentuk, dan penampilan yang saya suka dan saya sendiri semakin berdisiplin dalam bab masa dan pemakanan," luah Aqasha yang tersenyum kala diusik tentang penampilan terbarunya dikatakan semakin 'seksi'.
Ditanya lagi, adakah penampilan barunya itu sebagai meniru gaya mana-mana selebriti lain atau satu pelaburan untuk memancing tarikan mana-mana pihak, sementelah pula, trend untuk diangkat sebagai hero ketika ini bukan sahaja dinilai pada paras rupa tetapi haruslah tampan serta bertubuh sasa.
"Tak, bukan begitu. Saya cuma rasa semakin puas hati dengan perubahan ini, lagipun ia langsung tidak memudaratkan.

"Cuma saya risau, kalau-kalau berhenti ke gim nanti, berat badan akan naik mendadak. Sekarang saya kena pastikan, paling kurang dua atau tiga kali seminggu saya kena pergi ke gim," katanya yang menyimpan harapan untuk terus membina nama dalam industri seni, filem dan drama khususnya.


-Kosmo

Aqasha Dan Wany Omar Bercinta?

Isnin, 23 Mac 2009

Berpeluk erat nampak Aqasha dengan seorang pelakon baru bernama Wany Omar, ada apa-apa ke? Wany Omar adalah pelakon yang bersama-sama berlakon dengan Aqasha dalam drama Bicara Cinta di’Astro. Dalam drama tersebut, Wany Omar melakonkan watak sebagai adik Aqasha, eh cinta lokasi’kah Aqasha?

Wany dahulunya juga pernah berlakon dalam drama Graduan & Lima. Nampaknya hubungan cinta lokasi Aqasha & Wany makin erat agaknya, lihat’lah gambar mereka berdua, bukan main mesra lagi. Mana-mana wartawan yang terbaca artikel ini, sila ambush Aqasha ya!