Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aliff Syukri cari anak angkat, apa sebab dia|?

Isnin, 7 Ogos 2017

Dengar khabar yang Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat. Aliff tidak kisah latar belakang bayi tersebut dari mana ianya berasal.

Menerusi laman sosial nya, Aliff memberikan nombor telefonnya dan meminta orang ramai menghubunginya menerusi talian yang tertera bagi tujuan itu.

Namun tidak diketahui kenapa dia mahu mengambil anak angkat.
"Siapa yang nak berikan bayi kepada saya nak jaga... tak kisah anak itu dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke... jangan nak buang saya nak jaga.

"Sila whatsapp segera ke 012-3545766. Hantar gambar baby tau saya nak sepasang. Dan detail semua untuk anak angkat saya," tulis Aliff

Punca meninggal dunia anak angkat ke-2 Azharina (video)

Rabu, 29 Mac 2017


Anak angkat kedua penyanyi Azharina Azhar iaitu Rizqie Azharin Azhar yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit gagal diselamatkan dan meninggal dunia pada Selasa.

Adik Rizqie Azharin yang berusia hampir sebulan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi.



Kanak-kanak itu dimasukkan di hospital berkenaan pada malam Ahad lalu selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Azharina berkata, anak angkatnya itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong dekat sini selepas solat Asar pada Selasa.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.

Anak angkat Stacy kini pandai bergaya oO (6 gambar)

Isnin, 11 April 2016

Anak angkat Stacy ini bernama Bella Valentina yang kini sudah berusia 5 tahun. Dan sejak dapat ayah baru, iaitu Akim, kehidupan Bella Valentina sepertinya sudah lengkap dengan belaian dari seorang ayah.

Tidak hadir ketika Bung di operasi, Zizie dicop tidak bertanggungjawab..

Jumaat, 26 Februari 2016


Tidak Hadir Pembedahan Bung Moktar, Zizie Ezette Didakwa Tidak Bertanggungjawab
Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

YB Datuk Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Kehidupan terkini Jue Aziz bergelar isteri (15 gambar)

Selasa, 4 Ogos 2015

Ni lah kehidupan Jue Aziz dengan suaminya, Bayu Daniels serta bersama anak angkat mereka Darwish Naufal yang dibina sejak bulan Mac yang lalu. Bahagia kan walaupun sedikit sahaja gambar dia bersama . :)

Zizie Izette kini dah bertudung penuh (13 gambar)

Ahad, 2 Ogos 2015

Sejak mendapat anak angkat dan pulang dari menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini, Zizie Izette telah berubah. Berubah dari segi penampilannya iaitu kini dia kekal bertudung. Alhamdulillah semoga hidupnya lebih diberkati selepas ini.

Siapa baby perempuan dengan Zizie Ezzete ni? (2 gambar)

Jumaat, 24 Julai 2015

Walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun, pasangan, Datuk Bung Mokhtar dengan Zizie Ezzete belum dikurniakan cahaya mata.

Namun baru-baru ini, mereka mengambil ikthiar untuk menjaga anak angkat perempuan yang diberikan gelaran Baby J.

Dengan kehadiran anak ini, maka hidup pasangan ini akan lebih bahagia dengan ditemani oleh anak yang comel.

Umie Aida tidak boleh lagi hamil, bakal ambil anak angkat (7 gambar)

Isnin, 16 Mac 2015


Dengarnya Umie Aida telah mengambil anak angkat di usianya yang kini mencecah 41 tahun. Ini disebabkan Umie dikhabarkan sukar untuk hamil disebabkan penyakit tertentu setelah berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin.

Namun Umie merasakan dia mahu mengambil anak angkat sebagai penghibur kerana kesunyian walaupun sudah memiliki 2 orang anak yang kini sudah dewasa.

Gambar anak angkat Stacy terkini (23 gambar)

Khamis, 9 Oktober 2014

Inilah gambar anak angkat Stacy yang bernama Bella Valentina. Dah besar dah anak angkat Stacy ni. Mungkin tak lama lagi nak pergi tabika. Apa-apa pun jom layan edisi Oktober gambar anak angkat Stacy ini.

Ifa Raziah hajat hamil/mengandung sebelum usia ke....

Selasa, 7 Oktober 2014

Tahniah kepada Ifa Raziah yang meraihkan ulangtahunnya ke-39 baru-baru ini. Di dalam pada masa yang sama Ifa juga meminta hajat agar Allah SWT mengurniakan lagi cahaya mata yang juga anak ke-3 di dalam kehidupannya sebelum 40 tahun.

Ifa berkahwin dengan Mohd Yani dan dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9 tahun manakala seorang lagi anak angkat mereka iaitu Sharifah Putri Umairah, 15 tahun.

10 Gambar Fazura ke Eropah

Jumaat, 4 April 2014

Ini adalah beberapa keping gambar Fazura dengan saudaranya kalau tidak silap telah pergi ke beberapa tempat menarik sekitar Eropah. Tidak dipastikan samaada ianya satu percutiaan atau shooting di sana.

Apa-apa pun jom kita layan gambar yang menunjukkan kemanisan wajah Fazura ni.

Atilia ambil anak angkat Negeria

Isnin, 17 Mac 2014

Bukan Atilia kahwin senyap dengan warga Afrika jika anda ternampak dia berjalan-jalan dengan seorang kanak-kanak berkulit gelap. Tapi sebenarnya Atilia mengambil anak angkat yang berasal daripada negara Negeria.

Anak angkat yang dipertemukan 6 bulan yang lalu itu menjadikan Atilia sangat sayang akan Ayo @Fatimah.

yang menarik mengenai Ayo, dia boleh memberikan ekspresi wajah yang berbeza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa.

Atilia juga kerap membawa Ayo kemana sahaja selepas Ayo selesai sesi persekolahan hariannya, dan ini menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Baru-baru ini, pada 13 Mac yang lalu, Atilia sempat bertemu dan memberikan hadiah sempena harijadinya.
“Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya.

“Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu itu,”

“Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.

“Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang,” -Atilia. petikan portal Murai

Gambar Anak Angkat Jue Aziz

Jumaat, 13 September 2013

Inilah dia anak angkat Jue Aziz. Nama dia Darwish. Pasal Darwish tidak disebutkan banyak oleh Jue Aziz memandangkan Jue sendiri menyepikan diri daripada area hiburan.

Bukan menyepi kerana kahwin senyap-senyap ok. Bersangka baik. Hehe.

Gambar Anak Angkat Stacy Terkini

Jumaat, 23 Ogos 2013

Ini adalah gambar terbaru anak angkat Stacy, Bella Valentina. Gambar ada lembu tu bukan mereka pergi ke New Zealand tapi di ladang susu lembu beriklim sejuk dekat Ranau, Sabah. Tempat wajib yang dikunjungi pelawat yang datang ke Sabah, sebab sebijik seperti di New Zealand.

Gambar Anak Adi Putra Terkini

Rabu, 24 Julai 2013


Dah besar gitu ko jah anak angkat Adi Putra, Zara Adelia Haadi. Usianya kini dah nak masuk 10 bulan. Dan kelihatan bersama ibunya ketika membuat medical checkup baru-baru ini. -Instagram adp_adiputra


Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Angkat

Isnin, 1 Julai 2013

Dengar cerita yang Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat. Bahkan yang lebih mengejutkan dan membuatkan anda lebih teruja adalah, anak angkat yang diambil oleh Siti adalah dari rakyat Gaza, Palestin.

Namun niat Siti itu bakal tidak direalisasikan memandangkan hal politik yang membuatkan anak-anak dari Gaza tidak boleh keluar dari bumi mereka sendiri. Dan ini yang dipetik melalui portal MediaHiburan semalam.
"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana,"
Selain itu Siti juga mahu mengikuti jejak langkah artis lain yang sudah menjejakkan kaki di Gaza.
"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," -Siti Nurhaliza.

Gambar Anak Angkat Almy Nadia

Jumaat, 21 Jun 2013

Dah besar panjang dah anak angkat kepada pelakon, Almy Nadia, Nur Afrina Darwisya. Kalau tidak silap usianya tahun ini sudah masuk 4 tahun. Almy pula dalam perancangan nak buat business memasarkan produk makanan hasil kerja emaknya sendiri, karipap dan cucur. -Instagram AlmyNadia

Gambar Terkini Stacy dan Anak Angkatnya

Khamis, 30 Mei 2013


Gambar dibawah adalah gambar terkini Stacy Angie, penyanyi kelahiran Sabah. Dengan bersama-sama anak angkatnya, Bella Valentina yang kini dah membesar panjang. Rambut Stacy juga tak kalah fesyen. -Gambar Instagram Stacy










Stacy Utamakan Anak Angkat Daripada Calon Suami!

Isnin, 8 April 2013

Penyanyi Stacy yang yang memetik portal mStar semalam yang dia tidak akan berkahwin atau rela membujang dengan mana-mana jejaka melainkan jejaka itu mahu menerima anak angkat Stacy, Bella Valentina berusia 1 tahun lebih.

"Jika tidak boleh terima tidak mengapa kerana saya boleh hidup berdikari dengan anak saya. Tiada masalah,

"Walaupun bukan saya yang melahirkannya tetapi saya adalah ibunya yang menjaga dia semenjak kecil dan tidak pernah sekali pun saya menganggap dia sebagai orang luar,

"Seronok bergelar ibu kerana setiap perkara yang saya lakukan mempunyai matlamat dan hidup saya lebih terisi dengan kehadirannya.

"Malah setiap kali ingin keluar bekerja mesti rasa berat nak tinggalkan Bella," -Stacy.

Gambar Ziela Jalil dan Anak-anak

Rabu, 20 Februari 2013

Dah makin besar memanjang anak Ziela Jalil terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid setahun lebih.

Lihat lah bentuk badan Megat Jufri, bukan main tuff lagi seperti usia 30 lebih, Julia pula dah kini bertudung, baguslah kalau semuanya seperti itu, semoga bahagia tanpa ada seorang suami mahupun ayah di sisi.