Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Amir Raja Lawak dah hamil?

Isnin, 23 Mei 2016

Mendapat tahu yang isteri kepada Amir Raja Lawak, Nur Intan memetik portal mStar, mengadu kurang sihat, Amir sering kali menganggap isterinya berbadan dua.

Amir dalam pada yang sama kerao pergi ke farmasi untuk membeli 'pregrantest' untuk mencuba samada isterinya itu hamil atau tidak.
“Situasi ini (membeli alat ujian kehamilan) sudah beberapa kali terjadi tetapi hasilnya masih mengecewakan. Isteri saya tidak sihat bukan sebab hamil tetapi atas faktor cuaca panas melampau yang pernah melanda negara kita baru-baru ini.

“Saya akui mungkin perasaan teruja nak menimang cahaya mata membuatkan saya sering memikirkan isteri saya hamil setiap kali dia mengadu tidak sihat. Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggugjawab sebagai bapa.

"Namun sekiranya masih belum rezeki kami reda dan akan terus berusaha ke arah itu. Doa-doakan kami,” katanya

Top selebriti yang mempunyai pendidikan yang tinggi.. Amir Raja Lawak?

Khamis, 4 Februari 2016

Korang jangan pandang rendah kat Amir ni.. korg x tgk lagi SPM die,,,

Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

Sekitar pernikahan Amir Raja Lawak (11 gambar)

Isnin, 16 Mac 2015


Amir (Raja Lawak) selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.30 petang, Sabtu.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Gajah, Sungai Buloh, Amir menyerahkan masa kahwin berjumlah RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan itu hadir memeriahkan majlis.

Amir turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada Ahad manakala pihak lelaki akan diadakan pada 2 April di Kelantan. -mStar

Tarikh pernikahan Amir Raja Lawak..

Isnin, 23 Februari 2015

Amir Raja Lawak akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Nur Intan Syafinaz dengan memilih tarikh 15 Mac ini dimana majlis resepsi diadakan selepas solat Asar di kediaman tunangnya di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Memetik portal mStar, Amir sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan mereka dan menjangka hampir 500 orang akan menghadirinya.

"Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

"Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi," -Amir
Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Amir Raja Lawak kini dah bertunang

Sabtu, 14 Jun 2014

Tahniah Amir Raja Lawak yang kini sudah bertunang dengan pasanganya. menurut sumber dairpada Instagram rakannya, iaitu Tauke Jambu yang melampirkan gambar pertunangan mereka itu.

Gambar kekasih Amir Raja Lawak?

Selasa, 4 Mac 2014

Terbaru, Amir Raja Lawak mendedahkan disebalik siapa wajah wanita yang sudah mula bertaut pada hatinya. Sebelum ini Amir Raja Lawak memberitahu ada dua orang wanita yang 'melekat' pada dirinya.

Dan mereka berdua dikenali melalui rangkaian sosial Wechat. Namun hanya seorang sahaja yang Amir akui telah jatuh hati. Ikut sumber gambar diatas adalah orangnya, mereka berdua tengah makan di Curve Damansara.

Amir Raja Lawak digilai 2 wanita!

Selasa, 11 Februari 2014

Ha siapa kata takde orang perempuan minat kat Amir Raja Lawak ni. Dia mengakui pernah kecewa dengan 5 orang wanita yang didakwa cuba memainkan perasaannya.

Namun kali ini Amir yang sudah mencecah usia 25 tahun tidak menafikan terdapat 2 orang wanita yang kini rapat dengannya.

Portal mStar melaporkan yang 2 wanita itu dikenali melalui laman sosial WeChat. Yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun.
“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,

“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” -Amir

Amir RL enggan bercinta lagi

Jumaat, 6 April 2012

Amir Raja Lawak yang berusia 23 tahun ini, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas 5 kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat. Amir akui, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.

"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.

"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya. -Via