Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

'Hero dengan wajah kacak, kualiti rendah' - Ako Mustapha

Selasa, 13 September 2016

Ako Mustapha meluahkan rasa kecewa melihat perkembangan dunia lakonan tanah air ketika ini.

Pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama kerana tidak mempunyai standard tertentu. Kebanyakkan hero baharu yang dipilih oleh stesen televisyen hanya berdasarkan rupa paras semata-mata tanpa menilai kualiti lakonan mereka, jelas beliau.
"Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

"Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Ako, peluang juga seharusnya diberikan kepada pelakon-pelakon baharu yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan.

Katanya lagi, ramai siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut.

Isteri Ako Mustapha selamat lahirkan anak

Selasa, 5 Januari 2010

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang juga rakan baik pelakon, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, menyampaikan berita gembira mengenai pelakon itu dan isterinya, Kartina Shuaib Abdullah, 29, apabila baru saja dikurniakan anak perempuan bersamaan 31 Disember lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Batu 4, Sandakan,Sabah, 17 Januari lalu.

Syukur kepada Allah kerana isteri Ako, Kartina selamat melahirkan bayi perempuan comel yang dinamakan Merissa Tempawan di Tropicana Medical Center. Kata Calvin lagi, ibu dan bayi juga sihat dan kini masih berpantang di rumah. Semoga kehadiran Merissa terus mengukuhkan kebahagiaan rumah tangga Ako dan isteri tercinta. Tambah Kata Calvin, nama Tempawan itu dipilih sempena nama ibu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seperti yang kita tahu Ako adalah cucu kepada kakak sulung Dr Mahathir, Allahyarham Rafeah. Bagaimanapun, buat masa ini, kata Calvin, Ako dan Kartina belum bersedia menayangkan wajah anak mereka kepada pihak media.

Tun Mahathir, Ako Mustapha, ada Kaitan

Khamis, 3 September 2009

Mengikut satu akhbar online tempatan, adalah satu berita nie mengatakan Kakak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah Mohamad, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC), di Alor Setar, kira-kira jam 9.45 PM semalam (Innalillah..)

Allahyarham sebelum ini mengadu tidak lalu makan sejak tiga hari lalu dan mengadu batuk kahak sebelum dibawa ke KMC oleh anak saudaranya, Datin Yasmin Mashahor, kira-kira jam 4 petang. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Akar Peluru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini, kira-kira jam 11 pagi ini.

Jurucakap keluarga Allahyarham ditemui di kediaman Yasmin di Persiaran Sultan Abdul Hamid, berkata Rafeah ialah anak sulung daripada lima beradik dan meninggalkan seorang anak lelaki, Ahmad Mustafa Md Hassan, berusia 60-an yang juga bekas Pengurus Besar Bernama dan empat cucu termasuk pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha (Ako Mustapha)

Ako Mustapha di Penjara 3 Bulan dan Denda

Selasa, 21 April 2009

Pelakon Ako Mustapha yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan seorang perempuan bukan Muslim ataupun bukan muhrimnya, Anang Sagunting hari ini dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kerana Ako atas kes khalwat dan dianggap telah menghina mahkamah setelah gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Bagaimanapun, Pegam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakilinya membuat permohonan untuk penggantungan perintah sementara menunggu rayuan terhadap kedua-dua hukuman tersebut dan memfailkan permohonan tersebut pada petang ini.

Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.
Dimaklumkan, Ako juga sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes.

-mStar