Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri beri kebenaran berpoligami, ini jawapan syahdu Ajak Shiro..

Isnin, 27 Jun 2016

Memang susah nak dapat isteri yang nak berpoligami kan. Bagi si suami pastinya ini berita gembira buat dirinya. Begitulah niat isteri Ajak Shiro, Nur Afifah Amin untuk mahu bermadu.

Namun Ajak Shiro enggan berkahwin lagi kerana baginya, Afifah sudah melengkapi kekurangan dan kelebihan serba serbi kehidupannya.

Kejutan paling sweet dari isteri buat Ajak Shiro (video kena cium)

Ahad, 12 Jun 2016

Pelawak Ajak Shiro terkejut sebaik sahaja membuka bonet keretanya dan melihat hadiah yang diberikan oleh isteri kesayangannya, Afifah Amin.

Hadiah tersebut diberikan oleh Afifah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7 iaitu sepasang kasut Air Jordan berwarna hitam.

Gembira melihat reaksi Ajak, Afifah kemudiannya mengucapkan perkataan ‘Happy Aniversary sayang’, sebelum mencium pipi suaminya.

Kanak-kanak Leukemia terima kejutan dari Shiro.. (5 gambar)

Khamis, 17 Mac 2016

Anak ke-3 Ajak Shiro yang comel terkini (6 gambar)

Isnin, 7 Disember 2015

Comelkan anak ke-3 Ajak Shiro ni, Nada Soffea yang lahir pada 25 Mac lalu. Jom layan gambar terbaru dia.

Comelnya anak ke-3 Ajak Shiro (11 gambar)

Jumaat, 22 Mei 2015



Ajak Shiro telah menimang anak ke-3nya pada 25 Mac 2015, nama anaknya ke-3 itu adalah Nada Soffea. Sebelum ini 2 abangnya bernama Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif. -gambar The Photolicious.com

Jangan terkejut pendedahan siapa ayah Ajak Shiro..

Selasa, 7 April 2015


Dengar khabar Ajak Shiro adalah anak kepada Allahyarham Seniman Dato' Aziz Sattar. Tidak dipastikan kesahihan berita ini memandangkan Ajak sendiri enggan mengakui atau mendedahkan hal yang sebenar kepada umum.

Sebelum itu ada seorang pemberi maklumat melalui email telah mengakui hal itu dan mereka dikatakan mempunyai iras-iras wajah.

Ajak Shiro romantik juga orangnya.. cuba lihat.. (6 gambar)

Jumaat, 3 April 2015


Ingatkan pelawak ni tak romantik, tapi mereka jugalah orang-orang yang sering berkarya untuk jadi orang yang disayangi. Ajak Shiro telah meluahkan kata-kata manis kepada isterinya baru-baru ini bersempena hari jadi isterinya itu.

Ajak Shiro timang anak ke-3, istimewa anak ini adalah.. (gambar)

Khamis, 26 Mac 2015

Tahniah Ajak Shiro yang selamat menimang anak ke-3 yang juga bayi berjantina perempuan pada 25 Mac yang lalu. Ini juga satu kekuasaan Allah dimana anaknya yang ke-3 itu berkongsi hari lahir yang sama anak pertama dan kedua.

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan isteri Ajak, Afifah Amin pada jam 1.00 tengah hari secara normal.
“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah… Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

“Lagi satu saya nak bgtau… Wife saya bagi hadiah ni pada hari yg sama… Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal Jad 25Mac10, Had25Mac13 dan harini adalah 25Mac15… Terima kasih pd semuanya… Alhamdulillah. #sayaajakdansayatidaksombong.“ tulisnya di Instagram
.

Karl Shafek, Ajak Shiro terlibat kemalangan, keadaan mereka amatlah....

Jumaat, 26 September 2014

Dengar khabar yang pelakon dan pelawak, Ajak Shiro serta rakannya, Karl Shafek terlibat kemalangan. Sumber yang memetik sebuah portal berita itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara baru-baru ini.
"Ada tiga buah kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan 'Anugerah Lawak Warna' di Shah Alam." -Karl
Namun syukurlah keadaan mereka selamat, tiada kecederaan yang menimpa mereka disamping pemandu-pemandu lainnya.

Ajak Shiro letak ular hidup dekat anaknya

Khamis, 15 Mei 2014

Agak mengerikan bila anak yang masih kecil didekatkan dengan ular. Apatah lagi pastinya semua orang tahu ular adalah haiwan yang menakutkan. Itulah yang terjadi kepada pelawak, Ajak Shiro yang memuatnaik gambar anaknya yang sedang tidur ditemani oleh ular jenis ular sawa peringkat anak.

Mujurlah kan, kalau ular tedung atau cobra, tak tahu den nak kata apa. Kata Ajak dalam laman sosial Instagram itu sebab letak ular deka dengan anaknya yang masih kecil tu lagi..
masa mak dia mengandungkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor.. Ini penangan anak baba hehe.. Bangga baba ada anak gagah gini.. (Tengah tido bolehlah)

Motorsikal Ajak Shiro

Sabtu, 7 September 2013


Kalau nak dilihatkan populariti kumpulan pelawak yang baru Shiro kini semakin dikenali. Bahkan banyak tawaran dan juga lakonan yang mereka terlibat.

Ajak adalah orang yang selalu muncul di kaca tv. paling terbaru adalah SuperSpontan 2013 di Astro. Kawan dia seorang lagi tu, Shahrol pula mungkin jarang ada di dalam kaca tv, sibuk buat filem kot.

Jadi rezeki mereka juga melimpah ruah lah kiranya kan. Ni dia motor terbaru Ajak, power tak. Hehe