Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aida Rahim akhirnya diceraikan

Jumaat, 27 Ogos 2010

Lapan tahun dalam bahtera bergelar suami isteri, akhirnya pelakon vateren, Aida Rahim atau Aida Radzwil diceraikan juga oleh suami tercintanya, Joe Radzwill dengan baik. Pagi kelmarin (26/8), bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Joe Radzwill, selepas bersetuju untuk menceraikan isteri, Aida Rahim secara baik, melafazkan talak satu ke atas diri Aida dengan penuh tenang. Sebagai maklmuat tambahan, Joe dan Aida yang berkahwin di Yala, Thailand pada tahun 2002 sehingga kini tidak dikurniakan anak/zuriat diatas perkahwinan berkenaan.

Aida Radzwill tukar nama Aida Khalida

Selasa, 29 Jun 2010

Dulu Aida Rahim lepas tu Aida Radzwill, sekarang dah jadi Aida Khalida. Terima kasih kepada Aida sebab dia dah guna nama baru sekarang, sedap nama tu. Kata orang kalau guna nama sendiri yang emak bapa kita bagi, lebih berkat. Mungkin lepas dah tukar kepada nama diri sendiri, kehidupan Aida lebih tenang dan bahagia, diharap macam itulah yang berlaku nanti. Sebut pasal Aida, nak cerita apa yang berlaku di mahkamah Selasa lalu. Suaminya, Joe Radzwill mahu pelakon itu kembali semula kepadanya atau jika tidak Aida diisytiharkan sebagai isteri nusyuz.

Joe juga meminta supaya tuntutan cerai fasakh yang dibuat oleh Aida, ditolak oleh mahkamah. Melalui peguamnya, Joe membuat tuntutan supaya pelakon berusia 53 tahun itu kembali taat kepadanya memandangkan mereka masih suami isteri yang sah dan kes berkenaan akan dibicarakan lagi pada hujung Julai depan. -Utusan

Aida Radzwill, Joe Radzwill bakal bercerai

Rabu, 12 Mei 2010

Terkini dan sensasi, artis popular Aida Radzwill pula akan bercerai dengan suaminya, Joe Radzwil. Proses perceraian itu akan bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 11 Mei 2010 kelmarin. Perkahwinan mereka pernah dilangsungkan atau dibuat di Yala, Thailand pada tahun 2002, namun telah disahkan pada 12 Ogos 2009 setelah 7 tahun nikah di sana. Disamping itu, Aida memfailkan surat mohon untuk bercerai dengan cara yang baik. Tidak tahu disebabkan apa penceraian itu berlaku, namun kita tunggu sahaja berita selanjutnya..

Gambar Aida dan Joe Radzwill

Sabtu, 15 Ogos 2009

Pelakon yang pernah banyak kali muncul di kaca TV Aida Radzwill atau nama sebanar dia, Khalidah Adibah Ahmad berhati besar apabila diberitakan bahawa perkahwinannya dengan Joe Radzwill telah disahkan oleh Mahkamah setelah sekian lama menunggu hampir 7 tahun lamanya. Bukan apa, sebelum ni dorang nah kahwin tapi bukan di Malaysia tapi nun jauh di utara sana, Yala, Thailand pada awal bulan November 2002 lalu. Dalam tempoh tue, mereka dikurniakan 2 orang anak. Apa-apa pun penulis ucapkan selamat lah kat Aida kerana perkahwinan anda disahkan.














Transformasi Tudung Aida Radzwil

Rabu, 25 Mac 2009

Kenal pelakon vateran Aida Radzwil? diharapakan kenal lah. Penulis pun sebenarnya tak seberapa kenal sangat artis ini. Ha mengenai pemakaian tudungnya, ada dalam satu drama yang disiarkan di TV3 baru-baru ni dia berlakon tapi kemungkinan itu drama lama, sambil berlakon sambil memakai tudung. Tapi Masyallah dah.. Pakaian hancus..Namun alhamdulillah, sedikit demi sedikit dia ada membuat perubahan ke atas dirinya. Ketika diwawancara di WHI dalam tahun lepas kalau tidak silap.