Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ruhainies rela kahwin duda Tapi bukan suami orang..

Rabu, 24 Ogos 2016

Pernah menjadi perhatian gara-gara kontroversi bersama dengan suami Adira AF beberapa minggu lalu, Ruhainies mengakui yang dia kini masih lagi bergerak secara solo.

Namun, Ruhainies mengakui tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain, rela kahwin duda daripada suami orang.

“Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima. Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya”

“Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan,” jelasnya kepada Kosmo! Online

Adira akui Aliff Kawan Biasa

Sabtu, 20 Oktober 2012

Adira mengakui yang dirinya mengenali Aliff Aziz hanya sebagai seorang kawan. Mereka bertemu ketika membuat satu persembahan bersama, namun pada waktu itu mereka hanya bertegur sapa sebagai rakan artis sahaja.

Kemudian, pada awal tahun 2012, mereka bertemu semula apabila digandingkan bersama sebagai teraju utama untuk drama terbaru terbitan Astro iaitu "Tiara".

Sudah menjadi lumrah apabila digandingkan sebagai pasangan kekasih di dalam sebuah produksi, untuk mendapatkan keserasian haruslah ada komunikasi dan perbincangan untuk menjayakan babak – babak tertentu. Namun Adira menjelaskan bahawa, hubungannya dengan Aliff hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

Adira yang ditanya samada dia tahu atau tidak mengenai berita Aliff dimasukkan ke hospital akibat sakit dada baru-baru ini, Adira berkata, dia tidak tahu langsung berita tersebut jika tidak diberitahu oleh jurusoleknya.
"Ketika itu saya sibuk dengan persembahan di Penang dan di Sabah, Aliff pula tidak memberitahu apa-apa. Saya dapat tahu pun dari jurusolek saya yang ketika itu baru sahaja mendapat berita Alif ditahan wad akibat sakit dada."

"Saya tidak nafikan, ramai kawan-kawan saya yang seringkali meluahkan perasaan kepada saya dek kerana sifat saya yang suka mendengar. Aliff ada juga memberitahu tapi saya hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mahu lebih, karang lain pula jadinya,"katanya.

Hafiz AF7 bercinta dengan Adira AF8

Sabtu, 23 April 2011

Hafiz AF7 mendedahkan bahawasanya dirinya sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu. Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.

Kata Hafiz...

"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut. Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katan Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing. Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.

Kata Adira pulak...

"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.

"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya." -mStar