Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Achey, Zero pergi memancing di laut dalam (gambar last tu paling LAHANAT)

Khamis, 27 Julai 2017

Waow bukan main gembira lagi nampak Achey Bocey dan kumpulan Zero pergi ke laut dalam untuk memancing. Memang menyeronokkan sekali. Tapi dalam banyak-banyak benda ni, gambar di bawah tu lah paling tak guna.

Pengomen Aizat Mustafa telah sedikit sebanyak menghina rakyat Sabah, walhal tanpa Sabah dan Sarawak, Semenanjung is NOTHING!

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Jumaat, 10 Februari 2017


Mana peserta pilihan anda?

1. Kumpulan Nice

Video Bocey dengan kanak-kanak comel ini jadi viral...

Jumaat, 2 Disember 2016

Seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule telah menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa minggu yang lalu.

Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.

Achey mengakui yang dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.

Achey Bocey dikecam kerana menyanyi ketika... (5 gambar)

Khamis, 24 Mac 2016

Rasanya tak salah bernyanyi ketika memandu jika ianya dalam keadaan jem atau tunggu sesorang. Tapi adalah menjadi satu tidak kewajaran ketika menyanyi sambil memandu ketika kereta bergerak.

Ramai nitizen yang mengecam tindakan Achey Bocey kerana berbuat demikian yang videonya menjadi viral ketka ini.

Wajah 'adik' Anuar Zain kini dah dewasa (4 gambar)

Rabu, 20 Januari 2016

Siapa masih ingat adik yang menyanyi lagu Anuar Zain yang menjadi viral menggunakan format 3GP beberapa tahun yang lalu?

Kini dia dah besar dah, dan wajah kecomelan dia juga tidak banyak berubah. Hope adik ini boleh lagi menyanyikan lagu Anuar Zain versi dewasa.

Dituduh penipu, ini komen Achey terhadap balu Harun Salim Bachik

Khamis, 26 November 2015

Kenyataan balu arwah, Harun Salim bachik iaitu Surianti semalam mengenai kehidupan susahnya dan kenyataan dimana pelawak Achey dituduh menipu mengenai mengambil berat mengenai dirinya menjadi kejutan ramai pihak.

Achey yang tampil memberikan kenyataan menafikan kenyataan Surianti itu dan ianya kemungkinan salah faham Surianti terhadap Achey.
"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online

Balu Harun Salim kini hidup susah, Achey pula menipu katanya?

Rabu, 25 November 2015

Dengar khabar yang balu kepada pelawak, arwah Harun Salim Bachik iaitu, Surianti Mohd Nor kini hidup dalam kesusahan. Dan akibat daripada itu dia dan anak-anaknya pulang ke kampung dekat Kulim, Kedah.

Perbelanjaan seperti kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah tidak didapat ditampung adalah salah satu faktor balu ini berbuat demikian memetik portal mStar.
"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.

"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya,

"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," ujarnya.

Abam Bocey kecil hati sindirian Ogy Ahmad Daud!

Rabu, 20 Mei 2015

Ogy Ahmad Daud memang lantang berkata, sekali berkata memang kurang bertapis, adakalanya ada juga rakan artis yang makan hati dengan katanya.

Terbaru Abam Bocey telah dikritik oleh Ogy untuk rancan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Akui Abam dia terasa dengan dakwaan Ogy yang menganggap kumpulan Bocey sengaja menggunakan Abam sebagai objek utama persembahan mereka untuk meraih undi dan menang sesuatu pertandingan.
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” -Abam
Dan inilah kata-kata pedas Ogy yang dilemparkannya itu.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocey ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” -Ogy Ahmad Daud

Bocey dah lupa diri? naikkan harga?

Selasa, 21 April 2015

Nama Bocey kini dikenali ramai dan popularitinya juga meningkat selepas seorang ahlinya menang anugerah ABPBH. Namun ada yang kurang senang untuk didengar, dimana ada dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kumpulan ini sudah menaikkan harga persembahan mereka dan mula lupa asal usul/lupa diri.

Sebelum ini mereka bertiga, Abam, Fard dan Acey telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, namun dalam hal ini (lupa diri) Abam yang tampil menjelaskan isu itu dan menafikan hal itu sekeras-kerasnya.
“Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri”

“Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa,” jelas Abam.

Ayah Ac Mizal Meninggal Dunia

Selasa, 1 April 2014

Salam takziah kepada pelakon dan pengacara Dato' Ac Mizal diatas kepermergian ayahandanya, Dato' Zaini Hashim ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Sunway Medical Center dan kemudian dibawa ke Muar untuk dikebumikan setelah solat Zohor. -gambar MediaHiburan