Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Jumaat, 10 Februari 2017


Mana peserta pilihan anda?

1. Kumpulan Nice

Kekasih Abam Bocey? Lawanya...

Rabu, 8 Februari 2017

Dengar cerita memetik sebuah Forum tempatan yang Abam kini bercinta dengan seorang wanita yang tak boleh tahan lawa nya. Tak diketahui identiti si wanita berkenaan, melihat gambar dibawah ini pastinya mereka sangat mesra.

Kalau betul, ni awek Abam, tahniah lah seperti itu.

Abam Bocey digelar badak, ini respon Abam.. (3 gambar)

Rabu, 24 Februari 2016



Respon Abam Bocey Bila Dikritik Macam Badak
Kerana teruja dengan aksi dalam air, Abam bocey berkongsikan momen bermakna itu untuk tatapan peminatnya.

Namun, apa yang mengejutkan adalah tindakan pengkritik yang mengatakan aksi Amab itu seperti badak.

Namun, Abam tetap sempoi membalas kritikan peminat itu.

Abam Bocey dah temui kekasih hati.. (gambar)

Ahad, 29 November 2015

gambar hiasan

Dikhabarkan pelawak paling comel, Abam Bocey telah berjumpa dengan pilihan hati. Wanita ini berasal daripada Sabah dan paling penting dia turut disenangi oleh keluarganya.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Abam terlibat kemalangan, kereta remuk, keadaan Abam pula...

Khamis, 10 September 2015


Abam Bocey Kemalangan
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan kemalangan di Batu 10, Gombak.
“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” -Abam
Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam.

Gambar bercium aka comolot, ini kome Abam..

Isnin, 3 Ogos 2015

Lihat foto memang bukan Abam Bocey, kasihan Abam kena fitnah seperti ini kerana bentuk dan size badannya yang hampir serupa dengan pelaku di gambar berkenaan. Sabar je la Abam ye, semoga yang menyebar fitnah itu akan terima balasannya kelak.

Abam kini dah kurang berat badan sebab tidak merokok lagi..

Ahad, 2 Ogos 2015

Pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan selain membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.

Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.

Fad Bocey dihina tak sepadan dengan isterinya..

Khamis, 11 Jun 2015


Penghinaan Ke Atas Fad Bocey

Fad Bocey telahpun selamat bernikah dengan pasangan pilihannya beberapa minggu lalu. Tetapi apa yang memeranjatkan adalah tindakan seorang pengikut instagram Abam telah mengeluarkan caption yang keterlaluan.

Abam Bocey kecil hati sindirian Ogy Ahmad Daud!

Rabu, 20 Mei 2015

Ogy Ahmad Daud memang lantang berkata, sekali berkata memang kurang bertapis, adakalanya ada juga rakan artis yang makan hati dengan katanya.

Terbaru Abam Bocey telah dikritik oleh Ogy untuk rancan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Akui Abam dia terasa dengan dakwaan Ogy yang menganggap kumpulan Bocey sengaja menggunakan Abam sebagai objek utama persembahan mereka untuk meraih undi dan menang sesuatu pertandingan.
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” -Abam
Dan inilah kata-kata pedas Ogy yang dilemparkannya itu.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocey ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” -Ogy Ahmad Daud

Bocey dah lupa diri? naikkan harga?

Selasa, 21 April 2015

Nama Bocey kini dikenali ramai dan popularitinya juga meningkat selepas seorang ahlinya menang anugerah ABPBH. Namun ada yang kurang senang untuk didengar, dimana ada dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kumpulan ini sudah menaikkan harga persembahan mereka dan mula lupa asal usul/lupa diri.

Sebelum ini mereka bertiga, Abam, Fard dan Acey telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung, namun dalam hal ini (lupa diri) Abam yang tampil menjelaskan isu itu dan menafikan hal itu sekeras-kerasnya.
“Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri”

“Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa,” jelas Abam.

Abam Bocey akui cari isteri guna cara syirik!

Isnin, 24 November 2014

Rasanya mencari calon isteri dengan menggunakan cara seperti ini adalah berdosa besar dan sangat musyrik. Namun itulah hakikat sebenar yang dilakukan oleh pelawak Abam Bocey yang mengakui membuat demikian untuk pasangan hidupnya.

Ini dilakukan olehnya atas satu babak untuk telemovie, Terpaku Pontianak yang akan ke udara penonton di TV9 bermula pada 24 November 2014, 8.30 malam. -sumber mStar

Nak tahu lebih lanjut, silalah tonton nanti malam ek. Keh keh.. Suspen kan..