Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shahir AF8 bermasalah disiplin, balik kampung!

Selasa, 21 Disember 2010

Shahir yang dikatakan menghadapi masalah disiplin sejak kebelakangan ini sedang berehat di kampungnya di Kampar, Perak. Kata ibunya melalui mStar, kesihatan Shahir agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran/berehat. Ibunya juga minta maaf bagi pihak Shahir dan berharap semua pihak memberikan masa kepadanya dan memberikan kerjasama yang sebaiknya.

Shahir dikatakan mula menimbulkan masalah apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir (masalah pribadi). Selain itu, dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 baru-baru ini, dan tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 pada malam Ahad lalu di I-City, Shah Alam, Selangor (sebab migrain).

keputusan akhir konsert Akademi Fantasia 8 (AF8)

Ahad, 23 Mei 2010

Begitulah keputusan undian penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Yang akhirnya menjadi pilihan mereka untuk bergelar juara musim kelapan Akademi Fantasia adalah anak muda kelahiran Kampar, Perak yang bernama Ahmad Shahir bin Zawawi. Bagi yang mengikuti perkembangan AF8 sejak konsert ke-9 minggu lepas, sudah pasti kemenangan Shahir sesuatu yang dijangkakan, apabila melihatkan pada pendapat majoriti peminat AF. Bila diimbas kembali perjalanan Shahir sepanjang 10 minggu berlangsungnya pertandingan ini, sesuai rasanya jika digelarkannya sebagai 'comeback kid'.

Meskipun dirasai panel juri tetap sebagai mempunyai pakej untuk melangkah ke malam kemuncak AF, namun gara-gara undian yang tidak mencukupi, Shahir telah tersingkir dari pertandingan pada minggu ketujuh. Namun, anak muda berusia 22 tahun ini mendapat talian hayat keduanya melalui AF Masuk. Dan nampaknya, Shahir tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Walaupun persembahan pertamanya pada malam ini kurang menyerlah - memetik komen Adlin Aman Ramlie, mungkin disebabkan lagu barunya, "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" yang terasa lama - tetapi lagu keduanya, "Biru Mata Hitamku", nyanyian asal Wings, berjaya menonjolkan dirinya.

Berjaya memberi nafas baru kepada lagu klasik Wings tersebut, Shahir pada ketika itu, berjaya mengenepikan dengan mudah pesaing-pesaingnya yang lain, iaitu Adira, Daus, Maulana dan Iwan. Shahir yang gagal mengawal emosinya sebaik saja diumumkan sebagai juara AF8, membawa pulang, antara lain, wang tunai berjumlah RM200,000, sebuah kereta Peugeot 207 dan sebuah telefon bimbit LG Prada.

Gelaran naib juara jatuh kepada Adira atau nama penuhnya, Siti Adira bt Suhaimi. Anak kelahiran Sabah yang berusia 19 tahun ini membawa pulang wang tunai RM100,000 di samping hadiah lain. Tempat ketiga dengan wang hadiah sebanyak RM25,000 dimenangi Daus (Muhd Shahril Firdaus bin Eli) sementara Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed) dan Iwan (Emirza Awan Zulazrin Chew), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. -Gua

Norman Abdul Halim pengetua AF8

Khamis, 11 Februari 2010

Norman Abdul Halim sebagai Pengetua dalam program realiti Akademi Fantasia Musim Kelapan (AF8) dan dia akui ada keupayaan mencipta kelainan menentukan jatuh bangunnya nasib pelajar-pelajar sebaik tamat rancangan realiti itu nanti. Musim ini, Norman memberitahu akan mengumumkan formulanya pada sidang media memperkenalkan para pelajar AF8 hujung bulan ini. Dia menganggap kepercayaan yang diberikan oleh Astro itu begitu besar kepadanya apabila memilihnya sebagai pengetua AF8.

Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley dipilih sebagai gandingan mantap untuk mengacarakan AF8 itu nanti. Dalam pada lain, Norman juga berpuas hati dengan barisan tenaga pengajar AF8 yang mengekalkan Siti Hajar Ismail selaku Guru Vokal Teknikal, Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris) selain menampilkan muka baru iaitu pelakon Que Haidar (Guru Drama). -mStar