Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pu**mak punya Zul Ariffin -Peminat

Selasa, 21 April 2015


Peminat Dakwa Zul Ariffin Poyo
Dengarnya ada seorang peminat yang telah tidak berpuas hati dengan Zul Arifin. Tambahannya lagi dia menyesal menyokong kerjaya Zul sehingga menang anugerah di ABPBH yang lalu.

Punca dakwaan ini keluar disebabkan keengganan Zul untuk bergambar bersama. Bahkan kesungguhan mereka mengomen juga membuktikan mereka ikhlas dalam mengundi Zul tapi sebaliknya yang mereka dapat. Sehinggakan memaki hamun Zul melalui laman sosial mereka dan membuatkan mereka kini membenci Zul.

Gambar komen itu sempat di snapshot melalui sebuah blog hiburan tempatan.

Langgan pelacur Indonesia? ini komen Zizan..

Selasa, 14 April 2015

Isu seorang pelawak popular yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita masih belum terjawab.

Terbaharu, pelawak dimaksudkan dituduh pula melanggan pelacur kelas atasan ketika berada di luar negara.

Menurut sumber, si pelawak yang tidak menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

Dia dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu apabila masuk ke sebuah kelab eksklusif dari malam sampailah awal pagi!

Selain Tauke Jambu, nama pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak turut terpalit apabila dirinya dituduh sebagai pelawak dimaksudkan.

Namun menerusi temu bual di program Melodi, Zizan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Bercium sudah menjadi amalan kami berdua - Ozlyn

Jumaat, 10 April 2015


Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

Ozlyn juga berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu. -petikan mStar
"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya,"

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman,"

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," -Ozlyn

Sharnaaz tak puas hati dengan kemenangan Shah Iskandar!

Khamis, 9 April 2015

Shah Iskandar menjelaskan Sharnaaz Ahmad berhak untuk bersuara dan mempersoalkan kemenangannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Shah berkata, Sharnaaz berhak untuk bercakap sedemikian kerana dia merupakan seorang yang mempunyai nama yang kuat dalam industri seni.
"Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa.

"Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut,”
Pada acara ABPBH 2014 lalu Shah Iskandar berjaya mengekalkan gelaran yang dimenanginya tahun lalu iaitu sebagai Pelakon Lelaki TV Popular.

Menerusi kategori berkenaan, Shah sekali gus menewaskan Aaron Aziz, Amar Baharin, Adi Putra dan Sharnaaz Ahmad yang turut bersaing dalam kategori tersebut.

Dalam satu temubual yang disiarkan sebuah portal Sharnaaz berkata dia tidak reda kalah kepada Shah Iskandar dalam pertandingan itu dan lebih rela jika tewas di tangan Amar Baharin.

Pelakon itu juga berharap agar peminat yang mengundi artis masing-masing agar membuat pemilihan berdasarkan bakat mereka. -mStar

Sindiran panas dari Hans Isaac untuk calon ABPBH2014

Dengarnya Hans Isaac telah membuat satu kenyataan yang panas dan sentap di laman sosial miiliknya terhadap pemenang dan juga calon di ABPBH 2014 yang lalu.

Kenyataan berbentuk sindiran itu seolah-olah pemenang membuat satu pelaburan untuk memenangi anugerah di sana.

Betul atau tidak mungkin ramai yang geleng kepala. 300,000x0.80 sen = RM240,000 juga habis. haha.

Red Carpet ABPBH 2014 (104 gambar)

Selasa, 7 April 2015

Sekitar red karpet ABPBH2014. Mari saksikan pakaian dan fesyen mereka, seksi, seksa, terbaik, mantap, menarik dan melucukan.. -gambar RotiKaya

Imam nasihatkan Johan aksi cium Ozlynn di ABPBH

Tindakan Johan Raja Lawak yang mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.

Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.
“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,”

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” -Ustaz Hassan petikan freemalaysiatoday.com

Neelofa buat kejutan di malam ABPBH

Isnin, 6 April 2015


Wah memang Neelofa kini dah jauh berubah. Lihatlah sahaja semalam apabila dinobatkan sebagai salah seorang juara ABPBH dalam kategorinya, dia enggan bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya walaupun menyedari dia tersalam dengan M. Ang.

Namun ada juga peminat yang berkomen membetulkan keadaan ketika itu.

Senarai penuh keputusan ABPBH 2014 (15 gambar)

Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang diberikan kepacayaan oleh peminatnya dengan undian 265,703 undi dan sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) buat kali ke-3 (2010, 2012) yang berlangsung semalam di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid. -gambar Bharian

Shila Amzah boikot ABPBH 2014

Isnin, 19 Januari 2015

Rasanya isu boikot media terhadap Shila Amzah masih lagi belum redah. Terbaru mengenai penarikan Shila daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ke-28 (ABPBH2014) baru-baru ini menerusi jemputannya di Radio Hot FM pada 16 Januari lalu dengan alasan semua media telah memboikotnya.

Pihak Berita Harian dilaporkan enggan mengulas dan mengomen isu penarikan berkenaan.
Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year's Anugerah Bintang Popular Berita Harian due to the conflicts with some of the media:) #shilalas #wearestillunited. -petikan Instagram milik Shila Amzah