Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

kereta Nissan Teana milik Shaheizy Sam

Isnin, 6 Jun 2011

Artis paling popular buat masa ni, Shaheizy Sam sudahpun menjadi salah satu aset berharga dalam sesebuah filem, tak sia-sia pelaburan produser untuk mendapatkan khidmatnya. Yang terbaru Kongsi mengutip RM9 Juta hsil lakonan Shaheizy Sam. Mengenai habuanna ketika memenangi ABPBH 2010 yang lalu, Sam kini menerima kereta Nissan Teana 2.0L yang berharga hampir RM150,000. Tidaklah semewah mana berbanding artis-artis yang lainnya namun dah cukup bertuah kerana dapat kereta free. Selain kereta, Sam juga dapat set mutiara RM180,000 tapi rantai tu dah diberikan kepada emaknya yang tersayang sempena Hari Ibu yang lalu. -gambar mStar

kemana Mawi dan Ekin ketika ABPBH 2010?

Jumaat, 15 April 2011

ABPBH 2010 dah lama berlalu. Belek punya belek Red Carpet, pentas, candid action, dalam dewan punya gambar artis punya lah main colourfull lagi. Posing sana sini, pakaian seksi pun ada juga. Tapi baru perasan, kemana kelibat Raja SMS dan juga pernah menang kategori bintang paling popular 2007, Mawi serta isterinya, Ekin ketika itu? satu masa dahulu dia memang selalu datang ke majlis gilang gemilang tu. yang menjadi tanda tanya, kemana Mawi menghilang? oO rupa-rupanya Mawi dan Ekin pergi umrah. Baguslah kalau macam itu, tambah kn mutu ibadah tingkatkan keimanan.

Fasha Sandha tidak beradab, tidak profesional?

Ahad, 10 April 2011

Haish Fasha Sandha buat hal lagi ker nie. Rasanya makin bertambah panas lagi lah isu mengenai Fasha Sandha ni. Belum lagi keadaan reda soal tutzz tempoh hari kini timbul pula isu baru. Isu ini tercetus apabila ada wartawan yang tidak puas hati dengan Fasha Sandha selepas ABPBH yang lalu. Mungkin terlalu teruja menang, Fasha sepertinya memper'budak-budak'kan wartawan berkenaan. Nie petikan dari laman Gua.com.my.

Sebelum Cik Andalusia bercerita lebih panjang, Cik Andalusia hendak ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha kerana tahun ini berjaya merampas kembali gelaran Pelakon TV Wanita Popular yang disandang oleh Tiz Zaqyah pada tahun lalu. Selain itu, Fasha juga tidak di‘boo’ oleh penonton di Arena Of Stars.

Bagaimanapun, ada satu insiden yang membuatkan Cik Andalusia kecewa dengan Fasha. Ingatkan selepas mendapat kemenangan itu, dia tidak kisah berkongsi kegembiraannya itu dengan mana-mana pihak media. Tetapi lain pula jadinya.

Menurut rakan Cik Andalusia, ketika dia dan dua rakan yang lain sedang menemubual Fasha, pelakon yang kaya dengan kontroversi ini buat endah tidak endah sahaja. Sudahlah tidak menjawab soalan dengan serius, malah buat memek muka seolah-olah tidak sudi ditemubual.

“Engkau tahu, sudahlah dia buat nak tak nak jer jawab soalan, lepas tu siap buat muka dekat kitorang. Lagi satu, dia sibuk ‘main’ telefon. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau tak sudi diinterview, cakap jerlah. Kitorang pun faham. Mungkin dia letih,” luah rakan Cik Andalusia beremosi.

Jika difikir-fikirkan betul juga cakap rakan Cik Andalusia itu. Mungkin Fasha terlupa yang sebelum ini dia pernah diboikot oleh pihak media sehingga tidak ada yang mahu memberi publisiti padanya. Adakah Fasha mahu pisang berbuah dua kali? Atau Fasha rasa dirinya cukup kebal kerana walaupun diterjah kontroversi, peminat masih memberi undian.

Walau apa pun alasan Fasha, Cik Andalusia tetap merasakan tindakan Fasha tidak beradab dan tidak profesional. Sebagai selebriti, Fasha harus memberikan kerjasama kepada wartawan. Tidak perlu bersikap ‘diva’ hanya kerana baru menang anugerah!

Video lagu Yuna - fears and frustrations

Khamis, 7 April 2011

Yuna memang berbakat besar, sehinggakan menjadi pemenang bagi ketegori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2010 yang lalu mengalahkan Adira, Alyah, Ana Faffali dan Stacy. Bakat Yuna ni pun sampai ke US dan UK lagi tue, jadi memang layak lah Yuna menang anugerah tue. Lagu ni merupakan salah satu lagu yuna yang terdapat di dalam EP decorate yang di pasarkan di iTunes US. Kiranya lagu Yuna yang ni bertaraf internasional/global. Tahniah Yuna satu percapaian yang terbaik buat masa ini.

Fahrin Ahmad tak datang ABPBH 2010 sebab umrah

ABPBH ternampak kelibat Scha al Yahya dan Linda Onn. Tapi kelibat pelakon yang pernah dulu dikaitkan dengan dua artis ni tak datang. Memang Fahrin dinantikan peminat-peminat ketika itu. Mungkin dah tahu empunya diri tak dicalonkan dari awal lagi, Fahrin pun pergilah membawa diri untuk menunaikan umrah dan balik pada malam hari Isnin keesokkan hari ABPBH 2010 melabuhkan tirainya. Fahrin memang seorang pelakon yang serba boleh, tapi napa lah dia tak dicalonkan erk. Cian Fahrin, belum rezeki lagi kot. huhu.

Gambar Erra Fazira dengan set mutiara RM180,000

Jumaat, 25 Mac 2011

Gambar dibawah ni merupakan gambar Erra Fazira menggayakan set mutiara primadona klasik yang berjumlah hampir RM180,000 tue~ tajaan Rafflesia untuk pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010). Wah bukan calang-calang harga set mutiara ni, boleh bedal satu rumah ni. Tapi apa-apa pun kena siap sedia lah kepada artis yang bakal menang tue, perlengkapkan diri dengan bodyguard atau pak polisi, takut nanti jadi sasaran orang tak bertanggungjawab. tak sanggup jah2 nak lihatnya.. Penulis sarankan, kalau dapat set mutiara tu, bagus jual balik. Haha.. -Gambar mStar | Murai

Gambar stokin Farid Kamil

Jumaat, 4 Mac 2011

Gambar ni sekadar lawak-lawak di tengahari sahaja. Masa anda rehat bekerja, rehat sebentar bersama Farid Kamil. Gambar yang menampilkan Farid Kamil di ABPBH memakai stokin belang yang menarik. Memang tiada isu/gosip pun sekadar kongsi bersama. Baju bukan main skema formal, sekali stokin Farid. Memang Farid sengaja tayangkan sebab mungkin media atau peminat perasan ketika itu mengenai stokin Farid. Comel juga Farid ni kan, gaya dia pun cun. hehe.

ABPBH 2010 di Langkawi, Lisa Surihani jadi tarikan

Ahad, 6 Februari 2011

Akhabar ternama dan popular tanah air, Berita Harian yang telah menganjurkan majlis berprestij bersempena Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH) telah menganjurkan program bercuti bersama artis yang dicalonkan dengan peminat-peminat mereka yang bertuah. Berita Harian telah memilih pulau lagenda, Pulau Langkawi sebagai destinasi untuk tahun ini. Percutian tersebut telah didatangi khas oleh Lisa Surihani, Faizal Ismail dan juga Shaheizy Sam. Gambar lanjut bolehlah lihat di Fan Page Facebook Lisa Surihani. :)


Siti Nurhaliza tarik diri ABPBH ke-13

Jumaat, 26 November 2010

Dato' Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun hadapan. keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.
"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular oleh mStar.