Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Memey, Norman Hakim pegang tangan

Sabtu, 1 Mei 2010

ABPBH 2009 memang dah lama berlalu. Namun dalam tak disangka ada diselit aksi yang jarang-jarang sekali kita lihat. Kebetulan pada waktu itu, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim kelihatan turut menghadiri acara berprestij itu. Ada lens kamera sedang memerhatikan gerak geri mereka, dan berjaya mengambil gambar mereka yang ketika itu sedang berpegangan tangan, erat bagai pasangan suami isteri. Memang mereka berdua ni sengaja kot nak berbuat demikian, nak membuktikan cinta mereka seteguh menara KLCC. Hehe.

Mawi sedih kena boo..

Jumaat, 16 April 2010

Peristiwa di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang Popular 2009 (ABPBH) yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya. Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya. Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.
"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujar Mawi. -mStar

Nabila Huda di ABPBH 2009

Rabu, 7 April 2010

Musim ni seperti perlumbaan dalam episod artis mengandung kan. Ramai artis atau isteri artis yang mengandung dan melahirkan anak. Tidak ketinggalan anak kepada Amy Search, Nabila Huda. Yang dari dulu sarat dengan 'bola besar' nya itu. Hari demi hari ditunggu peminat, takhtala Amy yang menunggu kelahiran cucu pertamanya itu. ABPBH yang sudah melabuh tirainya juga telah dihadiri oleh Nabila walaupun sarat mengandung. Memang menarik perhatian sungguhlah Nabila ketika waktu itu, tak percaya? tengok gambar dibawah ini.

Gambar Datuk Bung Mokhtar, Zizie di ABPBH 2009

Selasa, 6 April 2010

Malam ABPBH 2009 hari ahad lalu merupakan malam yang tidak perlu diperkatakan lagi, memang gilang gemilang terbilang dan lang2 lagi. Banyak kejutan dan juga budaya fesyen yang memang masyuk tahap revolusi. Namun yang menjadi menarik perhatian penulis cuma kehadiran Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dan juga isterinya, Zizie Ezette. Kehadiran mereka berdua tidak disangka-sangka. Pasangan suami isteri ini cukup berseri-seri, kiranya pada malam itu mereka lah pasangan VIP yang menjadi perhatian. Dah kahwin juga pun, takda kontroversi lagi dah. Hikhik.

Wajarkah Mawi, Fasha Sandha kena 'Boo'?

Selain kisah kemenangan para artis termasuk kepulangan Dato' Siti Nurhaliza ke takhta Bintang Paling Popular selepas empat tahun lamanya di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, yang menjadi perbualan hangat semestinya insiden 'boo' penonton ketika nama Fasha Sandha dan Mawi diumumkan sebagai finalis di dalam kategori masing-masing.

Bukannya segelintir tetapi majoriti penonton yang membanjiri Arena of Stars malam Ahad lalu telah melaungkan ketidakpuasan mereka terhadap dua artis kontroversi ini. Insiden 'boo' malam tadi bukan yang pertama dilalui Fasha. Ada lagi ketika Anugerah Skrin 2009, perkara yang sama berlaku, walaupun tidak sekuat yang kedengaran malam tadi. Ada baiknya Fasha dan Mawi tidak menghadiri acara malam itu. -Gua
Kisah kontroversi lalu Fasha:
- sikap biadap dengan para wartawan,
- keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli
- punca pergolakan rumahtangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Kisah kontroversi lalu Mawi:
- memutuskan pertunangan dengan Ina Naim.
- dikatakan besar kepala dan lupa diri.

Artis-artis di ABPBH Klang Parade

Rabu, 31 Mac 2010

Gambar dibawah ini diambil ketika Jelajah Anugerah Bintang Popular yang diadakan di Klang Parade pada minggu lalu. Ramai juga artis-artis popular turun padang untuk memeriahkan lagi hari itu. Mana yang ada artis kontroversi, popular, tak popular, dan pelbagai ragam lagi. Memang kiranya semua ada bakat lah nak pikat penonton/pengunjung/peminat yang berada disana. Yang menarik perhatian disana adalah kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, tidak ketinggalan sambutan harijadi Liyana Jasmay.. Eik??


----

----

------

------

-----

-----

-----











ABPBH 2009 Warna

Jumaat, 5 Mac 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 kali ini cukup menarik dengan mengandingkan ramai artis-artis baru tanah air. Begitu juga dengan saingannya terhadap artis-artis lama yang cukup besar tekanan yang dihadapi. Tapi itu rezeki dan nasib masing-masinglah, siapa terbaik dialah juara, siapa ceroot dialah balik hampa. Tema kali ni adalah bertemakan 'warna'. Jadi beraneka warna lah yang diperagakan oleh golongan artis-artis kita nie di ABPBH 2009 kali ni dengan 30 pereka fesyen tempatan turut mengambil bahagian.































Fasha Sandha akan menang ABPBH 2009

Jumaat, 5 Februari 2010

Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Manakala Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH 2009. Itulah ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Berita Harian edisi awal bulan Februari ini. Mungkin sebagai pandangan kasar, kita cuma melihat ianya adalah tekaan, namun tekaan ini dibuat oleh penganjur kepada acara berkenaan.

Maka tidak menjadi satu keadilan bila statement ini dikeluarkan memadangkan Anugerah yang berprestij ini tidak pernah calar dengan apa-apa jua keadaan sebelum ini. Mungkin pihak menganjur tidak mahu mengaduk campurkan kisah pribadi dengan kerjaya anak seni itu, jadi sesiapa sahaja yang mempunyai rekod buruk pribadi berkemungknan akan menang anugerah itu.

Siti Nurhaliza undur diri, beri peluang kepada artis baru

Ahad, 31 Januari 2010

Pelakon Rosyam Nor pernah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dulu. Nampaknya, langkah yang sama ingin turut diambil penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza. Dapat tahu, keputusan ini telah dibuat oleh Siti sendiri menerusi satu pengumuman mengejut yang dibuat dalam satu majlis acara hiburan baru-baru ini. Kata Siti, ini adalah tahun terakhir baginya menyertai anugerah berprestij ini.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peminat Siti akan dapat menerima keputusan yang dibuat Siti ini. Tapi, Siti beritahu dia buat semua ini kerana mahu beri peluang pada artis baru untuk merasai sendiri tempat yang telah disandangnya sebagai Penyanyi Wanita Popular ABPBH selama bertahun-tahun.

Ada betul dan logiknya tindakan yang dibuat Siti itu. Tapi di harap keputusan yang dibuat Siti itu tidak akan mengguriskan perasaan pihak penganjur yang saban tahun bertungkus-lumus menganjurkan acara yang penuh gilang-gemilang itu. Khabarnya, permintaan itu telah pun ditolak penganjur.