Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

A.R. Badul Mulut Celupar?

Jumaat, 30 Oktober 2009

Peminat : aku nyampah btul tgk si badul ni dari dulu lagi.. yang terbaru ni.. lam macam2 aznil, sesi debat........... partner dia dok bcakap2, konon nye cam cakap lebeh dari dia aaa.. skali mic tak berfungsi.. dia leh kata, lebih kurang gini a.. "ha, baru ko tau sape pandai, sape bodo".. ayat bodo2. menyampah aku. patot la dia asek bercerai je kan? mulot celupar sangat.. aznil pon wat lawak gak, tapi takde la kurang ajar camtu.......

Penceraian AR Badul dan Muna Liza

Selasa, 23 Jun 2009

Mahkamah Rendah Syariah kelmarin (22/6) mengesahkan penceraian pelakon dan pelawak, A.R. Badul, 60, dan isterinya, Muna Liza Basir, 34.

Badul melafaz cerai itu secara tebus talak sebanyak RM1 di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad.

Muna Liza perlu membayar RM1 untuk mendapatkan penceraian 'tebus talak' tersebut. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kelima Badul.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Liza pada 23 Jun 2001.

Perkahwinan selama lapan tahun itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, berusia 5 tahun.

Badul ketika diminta perasaannya setelah selesai kes cerai di mahkamah berkata,
"Saya sebenarnya tidak sanggup menceraikan isteri. Lebih tiga bulan saya cuba berbaik-baik dengan isteri tetapi isteri tetap minta bercerai," kata pengarah veteran filem komedi ini.
Menurut Badul, penceraian tidak bermakna dia tidak menyayangi isterinya.
"Kasih sayang setinggi gunungpun boleh diruntuhkan oleh sebutir garam," kata Badul penuh falsafah.
Diminta terangkan apa yang dimaksudkan dnegan 'garam' itu, Badul berkata,
"Ia merujuk kepada perselisihan faham yang kecil."
Walaupun kecundang lima kali dalam melayari alam rumahtangga, Badul tidak pernah berasa serik untuk berkahwin lagi. -mStar